"Apa yang HEBAT sangat dengan nilai Islam itu?" - Chua Soi Lek

AnakSgDerhaka
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah menyokong kenyataan pelakon porno yang kini menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek yang mempertikaikan kewajaran calon PAS/PR Cikgu Normala menggunakan sarung tangan ketika berjabat tangan.

Setelah menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan berbagai pihak kerana mempersetujui tindakan pelakon porno itu menghina Islam dan tersepit pula dalam isu Interlock Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA berhenti dari memainkan isu berjabat tangan itu.

Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA agar berhenti dari memainkan isu berjabat tangan yang telah dimulakan oleh pelakon porno merangkap Presiden MCA, Chua Soi Lek namun begitu arahan dari Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab itu langsung tidak dipedulikan oleh pelakon porno itu..

Beliau nampaknya lebih suka untuk terus berkonfrontasi dalam mempertahankan kritikannya terhadap wanita Islam yang memilih untuk tidak berjabat tangan dengan yang berlainan jantina kerana ianya diharamkan di dalam Islam kecuali beralas atau memakai sarung tangan.

Dalam mempertahankan tindakannya itu pelakon porno, satu kerjaya yang biasanya dilakukan oleh manusia yang tidak mengenal apa itu moral dan apa itu budaya dan juga tidak mengenali apa itu sopan santun telah bercakap soal moral, budaya dan sopan santun.

Menjawab soalan wartawan Pelakon Porno merangkap Presiden MCA itu dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.

“Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan” kata pelakon porno itu.

Sebelum ini pelakon porno itu telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Pelakon porno itu juga telah berkata "Dia tidak akan datang ke sini (sebuah kuil China), dia bahkan tidak berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika ia berjabat tangan. Jika anda boleh menerima jenis nilai-nilai Islam ini , teruskan dan pilihlah PAS, "katanya.

Hal ini kemudiannya disambung pula oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe dari GERAKAN yang membidas Cikgu Normala dengan berkata amalan Normala itu adalah bukti bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bercorak melampau.

"Ini adalah perkara yang paling asas ... Tidak hanya dengan laki-laki, tetapi ketika ia berjabat tangan dengan wanita, ia juga perlu memakai sarung tangan, " dakwa Tan yang dihadapannya ketika itu ialah Ismail Sabri menteri dijabatan itu.

"Ini tidak mesra.. ianya menggambarkan seolah-olah dia berfikir tangan kita ini kotor ... saya berharap para pengundi Cina berhati-hati (dengan negara-negara Islam) .. Kami amat bimbang tentang negara Islam. Mereka ingin menubuhkan sebuah negara pelampau Islam," tambahnya lagi..

Biarpun kenyataan dari pelakon porno itu telah menimbulkan reaksi keras dari umat Islam dari kedua-dua belah pihak dan ramai yang mengingatkannya tentang video lucah yang telah dilakonkan oleh pelakon porno itu pada tahun 2008 bahkan Muhyiddin juga telah meminta MCA agar menghentikan memainkan isu berkenaan negara Islam ini bagi memenangi hati pengundi Cina di Tenang.

Namun begitu pelakon porno itu dengan bongkaknya telah membakul sampahkan arahan Muhyiddin @ Mat Sembab itu.

"Tidak ada keperluan untuk Timbalan Perdana Menteri atau media untuk mengingatkan hal ini kepada kami," marah pelakon porno itu seperti yang dilaporkan.

'Apa yang begitu Hebat? "

Seterusnya sila sambung bacaan anda diSINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan