Keluarga tuntut s'jaya diraja siasat kematian Kugan

Anggota keluarga A Kugan, yang kesal dengan pembebasan konstabel V Navindran, menuntut supaya suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk memyiasat punca kematiannya.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Navindran, 28, daripada tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan, 22, ketika menyoalsiasatnya di balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada 16 Januari 2009.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cryPeguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini bahawa suruhanjaya itu perlu menyiasat secara terperinci kes tersebut.

"Kami mahukan suruhanjaya tersebut diberi kuasa yang luas, supaya
kematian tersebut dapat disiasat secara terperinci. Semua mereka yang terlibat, mesti didakwa.

"Inilah yang terjadi apabila tidak ada ketelusan," tambahnya.

Ibu saudara Kugan, S Reguna, 33, berkata dia tidak puashati dengan keputusan mahkamah itu, memandangkan pada awalnya, 11 anggota polis dikatakan terlibat, tetapi hanya seorang sahaja yang didakwa, dan itupun telah bebas.

Kugan case 020709 03"Sudah dua tahun Kugan mati... ia hanya seorang suspek ketika ditangkap, tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah. Kemudian, tiba-tiba selepas lima hari dalam tahanan, dia meninggal (dunia). Bagaimana itu mungkin berlaku?

"Peguam negara kata 11 anggota terlibat, kemudian hanya seorang sahaja didakwa, dan itu pun tidak ada kes. Semua bebas tanpa kesalahan,? Bagaimana berlaku pendarahan dalaman?" soal Reguna.Seorang lagi peguam yang mewakili keluarga Kugan, R Sivarasa, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab terhadap keputusan kes Kugan dan mendesaknya supaya meletak jawatan.

Manakala ibu Kugan, N Indra, 41, seorang pekerja hotel, tidak dapat menahan perasaannya sepanjang sidang akhbar tersebut dan hanya berkata, "pulangkan anak saya," ketika ditemui wartawan Malaysiakini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan