Saksi kedua dalam kes kematian M Krishnan sewaktu dalam tahanan telah hilang tanpa dapat dikesan, dan sekaligus menimbulkan syak bahawa dia telah diugut supaya tidak tampil ke hadapan, kata seorang peguam hak asasi manusia.
"Kita telah hilang saksi kedua dalam keadaan yang menimbul syak. Kami mengesyaki seseorang mungkin menghalangnya daripada tampil ke hadapan," kata Surendran ketika ditemui hari ini.,
"Nampaknya seperti sudah menjadi kebiasaan sekarang bagi saksi dalam kes-kes berkaitan kematian dalam tahanan, berdepan dengan ugutan dan malah ditahan oleh pihak berkuasa," tambahnya.
"Nampaknya seperti sudah menjadi kebiasaan sekarang bagi saksi dalam kes-kes berkaitan kematian dalam tahanan, berdepan dengan ugutan dan malah ditahan oleh pihak berkuasa," tambahnya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan