Lagi Skandal Puteri Umno Sabah?

PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)
SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.
-sabahkini.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan