anak_muar
Mungkin sejumlah penyokong PR-PKR agak kecewa dan bingung dengan perkembangan terbaru melanda PKR apabila MP Padang Serai dan juga bekas Naib Presiden N.Gobalakrisnan mengumumkan keluar dari PKR.Beliau juga adalah orang yang terawal dalam penubuhan PKR dan antara pemimpin yang lantang mempertahankan parti jika diserang pihak UMNO-BN dalam pelbagai isu.
Namun beliau mula berubah sejak membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap parti dalam pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa berlaku beberapa penyelewengan sepanjang proses pemilihan dijalankan. Kritikan beliau terhadap Anwar dan Azmin semakin meluak-luak sehinggalah berita pengumuman beliau keluar parti didengari. Teramat malang dan mengecewakan pengumuman beliau itu dibuat pada hari terakhir kempen PRK DUN Tenang. Ini secara tidak langsung tindakan beliau telah memberikan saham besar dan durian runtuh berganda terhadap UMNO-BN dalam PRK DUN Tenang ini dengan menyaksikan pertembungan UMNO dengan PAS. Mengapa beliau memilih tarikh hari terakhir hari kempen PRK DUN Tenang hanya beliau sahaja yang tahu dan mungkin ada yang sudah tahu sebab musababnya.

Kini beliau telah sebaris dan seangkatan dengan MP PKR yang lebih awal keluar iaitu Zul Nordin, Woo Chee Kiong, Zahrin, Tan Tee Beng dan beberapa orang lagi. Itulah mereka yang mendakwa bebas tapi terus menerus menyerang PR-PKR tetapi sepi terhadap UMNO-BN.
Oleh demikian kita jangan mudah membuat penilaian yang negatif atau berburuk sangkan terhadap Penasihat Umum PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Memang beliau hanya manusia biasa dan terkadang silap dalam melakukan percaturan politik namun kita perlu sedar bahawa beliau hanya berjuangan menentang isu rasuah, penyelewengan, jenayah politik, penindasan, kemiskinan rakyat, isu kenaikan harga barang, membangkitkan isu kepentingan rakyat bawahan dan banyak lagi. Perjuangan serta prinsip tegas terhadap perkara-perkara tersebut tidak pernah berubah dari perjuangan beliau. Ini membuatkan pihak UMNO-BN menjadi cacing kepanasan untuk menghadapi perjuangan yang dibawa oleh Anwar.
Bagi menghalang kemaraan Anwar pelbagai perancanaan dilakukan sejak 12 tahun lalu bagi menggagal serta melemahkan semangat Anwar namun ia terus meleset dan beliau semakin berani dan bersemangat menentang arus politik yang semakin deras terhadap beliau. Perlu diingat jika mereka gagal untuk menyekat Anwar sudah tentulah sasaran pihak musuh akan berubah kepada penyokong, orang-orang yang rapat dengan Anwar seterusnya dengan melakukan serangan terhadap PKR yang dipimpin oleh Anwar bagi melemahkan organisasi parti kerana target utama mereka adalah menyekat kemaraan Anwar dari sudut sokongan dan pengaruh.
Kini untuk menyerang Anwar dan PKR senjata utama yang digunakan adalah dengan bekas-bekas orang PKR sendiri selain isu-isu lain. Kita harus sedar Anwar sendiri sepanjang 12 tahun ini menghadapi dugaan dan ujian yang hebat iaitu difitnah, diaibkan, dipukul, dipenjara, dikaitkan dengan pelbagai dakwaan negatif diperingkat tempatan mahupun antarabangsa namun itulah Anwar seorang yang cukup berani dan kental menghadapi perkara-perkara tersebut dengan penuh yakin bawaha beliau mahu melakukan perubahan terhadap bumi bertuah Malaysia ini.
Untuk melemahkan gerakan PR dan PKR, Anwar perlu dinyahkan dari dunia politik Malaysia tidak kira dengan cara apa sekalipon apa yang penting misi tersebut perlu dicapai sebelum atau menjelas PRU-13. Kini UMNO menjadikan bekas-bekas pemimpin PKR sebagai panglima mereka dalam usaha memburuk-burukkan Anwar, PKR dan seterusnya PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan