LABIS, 28 JAN: PAS-Pakatan Rakyat menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengugut pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar mengundi parti itu pada 30 Januari ini seumpama taktik ala samseng,dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Ini merupakan kempen ala gangster (samseng) dengan mengugut rakyat.
"Muhyiddin tidak patut peras ugut rakyat kerana ini tanggungjawab kerajaan pusat membangungkan daerah ini," ujar Mahfuz.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan media semalam berkata pengundi di DUN Tenang akan menanggung akibat sekiranya tersilap memilih PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Mahfuz berkata, walaupun PAS menang pada 30 Januari nanti, kerajaan pusat masih bertanggungjawab terhadap pembangunan daerah itu.
Jelasnya lagi, institusi kerajaan tidak akan diambil alih Pakatan Rakyat sekiranya menang pilihanraya kecil, justeru peranan kerajaan pusat tidak akan disentuh dalam sektor pentadbiran.
Mahfuz turut mengambil pendekatan PRK DUN Hulu Selangor pada 2010 yang bertukar tangan kepada BN, namun Pakatan Rakyat Selangor tetap menjalankan tugas sebagai kerajaan.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan