Apa susah, Boikot saja hotel di Pahang ni?

amkns  

Apa susah, orang Melayu yang mengaku Islam BOIKOT saja hotel di Pahang ni, atau mana-mana hotel yang berperangai sama. Parti dan persatuan Melayu pun patut BOIKOT hotel macam ni. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan mereka. Banyak hotel lain, resort lain, homestay lain boleh duduk, boleh kerja.

Sumber dari Pahang Daily
Monday, February 7, 2011

Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam 

KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini.

Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt".

Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu).

Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali.

Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian.

Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri.

Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu.

Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN.

Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini.

Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya].
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan