Deretan bangunan di Christchurch, New Zealand musnah selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud pada Selasa. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu pada Selasa.
Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.
Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lepas di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan. Berita ini dikeluarkan oleh Bernama.
Parker menganggarkan antara 150 hingga 200 orang terperangkap berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Richter, dengan 65 orang dipercayai terkorban, kata Radio New Zealand.
Parker sebelum itu memberithau TVNZ bahawa jumlah kematian mungkin meningkat.
Sementara itu AFP melaporkan lebih 200 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Christchurch akibat gempa bumi yang melanda pulau itu, lapor media yang memetik kenyataan Datuk Bandar, Bob Parker.
Parker menganggarkan antara 150 hingga 200 orang terperangkap berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Richter, dengan 65 orang dipercayai terkorban, kata Radio New Zealand.
Parker sebelum itu memberithau TVNZ bahawa jumlah kematian mungkin meningkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan