Giliran RCI teliti nota misteri Teoh

NONE
Nota yang dispekulasikan dengan beberapa pihak sebagai wasiat terakhir Teoh Beng Hock sebelum dia ditemui mati, diteliti pula hari ini oleh suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat punca kematiannya.

Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata, beliau percaya nota tersebut ditulis oleh mendiang tetapi dia tidak menyiasat sama ada ianya ditulis dengan menggunakan pen yang sama ditemui di salah satu saku jaket Teoh.

Salinan nota tersebut yang ditulis dalam bahasa Cina yang diterjemahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM), dikemukakan sebagai bahan bukti kepada RCI.

Peguam bertindak bagi pihak SPRM, Muhammad Shafee Abdullah bertanya kepada Ahmad Nazri sama ada dia puashati bahawa Teoh (kanan) yang benar-benar menulis nota tersebut.

Muhammad Shafee juga bertanya kepada pegawai penyiasat tersebut sama ada dia boleh mengetahui daripada nota tersebut sama ada Teoh mengadu yang dia teruk dipukul.

Ketika itu, pesuruhjaya T Selventhiranathan mencelah, dengan berkata, ia bukan untuk pegawai menyiasat untuk menyarankan kesimpulan seperti itu.

Salinan nota tersebut nampak berbeza daripada yang dikemukakan dalam inkues yang menyiasat kematian Teoh setahun kemudiannya pada 2009.

teoh beng hock note 200910 01Mahkamah koroner menolak berlaku bunuh diri atau pembunuhan, dan membuat penghakiman terbuka bulan lalu, yang membawa kepada penubuhan RCI untuk menyiasat secara terperinci perkara tersebut.

Salinan nota sebelum ini yang dianalisa sewaktu inkues, 
diterjemahkan oleh penterjemah mahkamah Ting Chin Kin yang dikritik kerana menggunakan Google Translate untuk menterjemahkannya.

Sedutan dari nota yang diterjemah oleh SPRM: 

"Ean Yong,

"Mereka telah mengambil kesemua computer dan computer tersebut tidak ada back up. Benda tersebut menuding jari kepada kamu. Saya tidak tahu berpura-pura, saya telah menyusahkan kamu.

"Saya kata 'mendapat kelulusan YB'. Mereka berdegil menaip menjadi 'mengikut arahan YB'. Minta maaf. Saya amat penat. Selamat tinggal."

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan