Angkasanuri
Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kuasa rakyat melepaskan jawatan sebagai Presiden Mesir selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun. Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.
Kejayaan dicapai tidak diperolehi secara mudah setelah nyawa dan darah rakyat menjadi galang ganti. Kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia.
Sejarah perjuangan rakyat Mesir khususnya melalui Ikhwanul Muslimin melalui episod ngeri sepanjang kekuasaan diktaktor Mesir ini serta pemimpin sebelumnya. Ribuan rakyat dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara. Mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.
Siapa sangka, Hosni Mubarak yang menjadikan negaranya sekutu kuat Amerika dan Israel serta memiliki armada tentera yang cukup kuat dan canggih tumbang kepada kuasa rakyat yang hanya bersejatakan semangat dan keazaman untuk melihat keadilan dan reformasi serta tuntutan rakyat diberi keutamaan.
Kebangkitan rakyat sebelum ini di Tunissia kemudian merebak ke bumi Mesir dan masih bersemarak di Jordan dan Algeria memberi mesej yang cukup jelas kepada rakyat bahawa bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.
Maka, rakyat seluruh dunia kini menunggu dan terus menunggu siapa pula selepas Hosni Mubarak? Ternyata janji Allah itu benar, kemenangan pasti datang dan kebatilan akan lenyap. Cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Ayuh para perjuangan kebenaran teruskan langkah dan pengorbanan...Kebenaran pasti datang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan