Menanti Kepulangan Najib Dari Turki

Mohd Sayuti Omar
PADA masa ini Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama beberapa orang menteri sedang berada di Turki dalam misi lawatan rasmi. Semalam Najib dilaporkan telah berjumpa dengan Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Kurang pasti saya apakah pertemuan dua perdana menteri itu adalah kali pertama atau tidak. Tetapi saya rasakan lawatan Najib ke Turki dan menemui Erdogan itu adalah kali pertama.

Tentu Najib gembira dengan kunjungan itu. Apa lagi Rosmah Mansor. Peluang itu memboleh beliau memperkenalkan dirinya sebagai wanita pertama Malaysia. Apa lagi kalau dapat duduk bersama Najib menghadap Erdogan, lebih mengembirakan. Cuma janganlah dalam siri lawatan kali ini Rosmah terjumpa barang kemas isteri Erdogan dalam mana-mana kapal perihatan kemudian akan diberikan hadiah berupa wang.

Sesuatu lawatan pembesar ke sesuatu negara itu ada tujuan dan pengertiannya tersendiri. Ia akan memberi nostalgi buat kedua pihak. Ia bukan dibuat saja-saja. Bayangkan untuk membolehkan Najib ke Turki, bukan mudah. Pelbagai protokol harus dilalui dan berbagai prosude perlu dituruti.

Sudah tentu para diplomat kita membuat tinjauan terlebih dahulu. Buat selidikan apakah kunjungan Najib itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada Turki. Kalau Erdogan menerima Najib tetapi kalau rakyat Turki tidak menerima ia menjadi masalah juga. Pernah berlaku rakyat mengadakan perasaan sebagai membantah kunjungan seseorang pembesar negara lain ke negara mereka. Alhamdulilah tidak berlaku kepada Najib di Turki.

Biasanya maksud lawatan seperti itu adalah untuk kebaikan kedua buah negara. Ia akan membawa manfaat untuk kedua buah negara. Dalam hal ini tentulah mengenai ekonomi. Kunjungan seseorang pembesar negera ke atas negara lain samalah dengan pemergian seorang bapak ke hutan atau lautan, mereka pergi untuk mencari makan untuk anak dan isteri. Demikian taraf pemergian Najib lebih kurang begitulah, menjalankan tanggungjawab sebagai PM.

Bagaimana pun bagi saya kunjungan Najib itu bukan setakat itu saja. Ia bukan mencari pelaburan tetapi ada motif dan niat lain yang lebih penting dan tersirat. Menandatangani beberapa MoU tidaklah penting sangat dan bukan itu matlamatnya. Mungkin rakyat boleh menerima setakat itu saja, berpandukan apa disiarkan media massa, tetapi bukan dari pemerhati politik yang mengetahui apa yang ada di sebalik tabir dan mampu menterjemahkan setap gerak geri orang politik.

Justeru kedatangan Najib ke Turki dan berpelung berjumpa dengan Erdogan bukan saja setakat mahu minum kopi atau makan nasi Turki tetapi ada perkara lain lebih penting dari itu.

Umum sudah mengetahui mengenai hubungan Erdogan dengan Anwar Ibrahim. Mereka adalah sahabat baik dan selalu berhubung dengan telefon macam sepasangan kekasih. Mereka bebas untuk bercakap bila-bila masa saja. Kebebasan ini menandakan mereka sangat akrab dan saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Peristiwa Anwar lari sewaktu polis hendak tangkap apabila laporan liwat kedua di buat ke atasnya, menjelaskan betapa hubungan beliau dengan Erdogan sangat baik. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri malam itu katanya Anwar tidak tahu untuk berlindung di mana. Ketika inilah Erdogan memberi kebenaran agar kedutaan Turki di Jalan Ampang memberi perlindungan kepada Anwar. Sempat sehari semalam juga Anwar tidur di kedutaan Turki.

Kejadian ini memecah mata semua orang. Ia menunjukkan keakraban di antara keduanya. Tentulah bagi Najib melihat hakikat ini merasa sesuatu yang tidak enak. Apa lagi Anwar selalu berjumpa dengan Erdogan di pentas-pentas pidato dunia dalam simposium, forum dan sebagainya. Kekerapan Anwar berjumpa Erdogan ini dipantau oleh Najib dan dilaporkan oleh para diplimatik kita.

Najib cukup bimbang keadaan ini. Tentulah Najib akan berfikir lebih jauh dari itu. Manakala sebagai rakan baik tentu Anwar akan menggunakan Erdogan untuk kepentingan politiknya. Ini yang Najib bimbang dan curigai. Lebih jauh apa yang ditakuti Najib ialah Erdogan akan membantu Anwar.

Sebelum ini pun sudah ada bisik-bisik mengatakan Anwar mendapat bantuan kewangan dari Erdogan. Walaupun pada masa ini ia hanya sebagai dakyah tetapi tidak mustahil kalau Erdogan membantu Anwar termasuk memberi sumber kewangan.

Jadi kedatangan Najib ke Turki itu adalah sebahagian dari untuk mendakwah Erdogan agar tidak begitu mempercayai Anwar dan membantu dari segi kewangan. Apakah misi Najib ini berjaya? Sama-sama kita akan dengar ulasan Najib sebaik kembali dari Turki kelak.

Apakah yang bakal Najib perkatakakan? Di sini saya boleh agakkan apa yang akan diperkatakan Najib. Saya juga yakin wartawan akhabr arus perdana sudah menyiapkan intro untuk berita ulasan Najib itu. Ianya akan lebih kurang berbunyi begini, Najib berpuas hati dengan sambutan Erdogan ke atasnya. Erdogan berpuas hati dengan penjelasannya mengenai senario politik Malaysia.

Selain itu akhbar pula akan mengatakan Erdogan setelah mendengar penjelasan Najib mulai faham akan tindak tanduk dan sikap oportunis Anwar Ibrahim mengenai Islam. Atau selama ini rupanya erdogan tidak mendapat penjelasan sebenar di sebalik isu liwat dilakukan Anwar.

Berita itu juga nanti akan ditambah Erdogan akan membuat lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Ia akan disudahi kunjungan itu berjaya membawa balik berbillion pelaburan dari Turki. Kita dengarlah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan