PM Wanita Pertama Malaysia

perangsaraf 

Kehebatan "wanita pertama" ini melebihi semua Pemimpin lelaki di dalam Umno, "kerjanya" sebagai BN (Bini Najib) lebih baik lagi hebat daripada semua Pemimpin Tertinggi Umno terutama Timbalan perdana Menteri yang kini semakin panas dengan kembalinya Ts Isa Samad (penternak jaya bukit pelanduk dan pelingkup Felda Sedayan)

Saban hari wajahnya muncul di media mengalahkan Suaminya sebagai PM,  ahli politik Umno dan BN juga mengalahkan artis-artis top di Malaysia, Sepatutnya Ds RM perlu menjadi Wanita Pertama menjadi Presiden Malaysia, ada video nyanyi duet dengan mawi lagi tu!

Bezanya Umno dengan PKR sekarang ialah di dalam PKR Suami jadi Penasihat dan Ahli Parlimen Isteri jadi Presiden Parti tetapi Umno Suami Presiden Umno Isterinya pulak Punasihat ditambah lagi dalam Umno ada zionis Apco yang juga jadi Punasihat, di Sebabkan Penasihat lebih Tinggi daripada Presiden maka Ds RM perlu di beri Pangkat yang lebih Tinggi kalau boleh jadikan  Malaysia ni sebagai daulah Rosmah mungkin ulama muda Umno dan mufti "cari makan" Umno boleh "Bodek/Kipas/Ampu" Ds RM dengan tarik tangan Rosmah bagi "nak sihat" macam ketua ulama muda muda Umno cakap haritu apabila marahkan PAS sebab bantah IFF Monte Carlo yang Cemarkan Kesucian Islam

Jadi di Harap Ds Najib beri laluan pada Isterinya Ds RM pula jadi PM seperti Ds Anwar dan Ds Wan Azizah buat, Ds Najib perlu letak jawatan Ahli Parlimen Pekan Pahang bagi pada Ds RM pula bertanding di situ yang membolehkan Ds RM jadi Perdana Menteri, Ds Najib pegang jawatan Presiden Umno macam Ds Azizah presiden PKR sudahlah, berkorban sikit untuk isteri yang di takuti

Manalah tau atas kebijaksanaan Ds RM Merampas akan melonjakkan Ds RM jadi Presiden Pertama Malaysia, Bukankan Ds RM dan Merampas gelaran "Wanita Pertama" daripada Raja Permaisuri Agong ? Bukankah Ds RM merampas Ds Najib sendiri daripada bekas isterinya yang dahulu? Daripada menjadi bini ke 2 Najib Ds RM jadi Bini Pertama, beliau sentiasa yang PERTAMA 

Lagi Peruntukan yang sepatutnya untuk Tadika KEMAS dan lain-lain Tadika juga di Rampas oleh Ds RM untuk Program PERMATA, tahun pertama RM100 juta tahun Ke2 tambah lagi RM111 Juta, apa salahnya jika peruntukan beratus juta itu di berikan pada Tadika KEMAS atau Kementrian Pelajaran ?

Tidak ada salahnya beri peruntukan pada Bini Najib beratus juta atau beribu juta sekalipun sebab Umno dah gadai Rakyat terutama orang Melayu pada yahudi zionis Apco, tengok pencacai Umno dapat seorang beribu RM sebab tu reka cipta Fitnah yang menggila, tapi betul kah pencacai Umno dapat beribu-ribu ringgit sebulan sebab reka Fitnah sahaja ? apa pun zionis Apco dapat lagi tinggi daripada pencacai Umno, zionis Apco goyang kaki sahaja dapat RM 77 juta setahun, dengan hanya 1 juta RM zionis Apco boleh upah 27 orang pencacai Umno dengan gaji RM 3000 sebulan seorang, gaji Pengerusi Syabas RM 5.1 juta setahun pun tak mampu nak tandingi Gaji zionis Apco yang Kera Jaan Umno bayar RM77 juta setahun

Untunglah orang BN yang pandai Bodek/ampu/ Kipas Datuk RM seperti Menteri Luar yang cakap RM ini bijak dalam PRK Tenang mungkin lepas ini Menteri Bini Najib (BN) patut ampu pula minta PDRM di tukar jadi Polis Datuk Rosmah Mansur lagi pun Datuk Amar Rosmah Mansur lebih bijak daripada Datuk Patinggi Najib dalam iklan sambutan tahun baru cina yang bakal di adakan di Negeri Sarawak yang bakal menjelang 

Ds RM telah Membuktikan beliau lebih hebat daripada Suaminya dalam Mengejar Kuasa, Layanan Di Raja waktu lawatan di Oman membuktikan Ds RM "wanita pertama Malaysia" ini lebih hebat di mata Dunia berbanding Raja-raja Melayu, mungkin tidak Ramai Raja-raja Melayu yang dapat Merasai Layanan Di Raja Sultan Oman apatah lagi naik Kapal Mewah Di Raja Oman Fulk Al Salamah ka namanya serta di adakan Konsert Khasnya pula oleh Sultan Oman,

Maaf cakap Yang Di Pertuan Agong pun belum tentu dapat layanan macam "wanita pertama" FLOM (Fart Lady Of Malaysia) ... oops maaf saya tidak bijak bahasa penjajah british ..

Dalam IFF sendiri wanita pertama Malaysia ini seiring dengan Putera Albert Raja Monaco, mungkin selepas ini wanita pertama Malaysia akan di Jemput pula oleh Queen Elizibeth sebab Kejayaannya menjadi Queen Control di Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan