Panas!! Ini berita yang baru di terima..Pagi tadi, semasa pekena mee hoon sup dengan seorang ustaz yang bertugas di mahkamah syariah. Sambil-sambil makan, kami bersembang pasal isu semasa dan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau.
Sembang punya sembang dengan ustaz ni, maka terceritalah perihal calon BN di Kerdau iaitu Syed Ibrahim.
Dikhabarkan, Syed Ibrahim 44 tahun adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Yang panasnya.. ustaz ni bagitau, Syed Ibrahim ni bukan lulusan Al- Azhar sebenarnya, pengajian dia ni tak abih kat Al-Azhar. Maknanya Syed Ibrahim bukan lulusan Al-Azhar. Maklumat ini dapat dari kawannya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kalau betullah cerita ni, akan menjadi tamparan hebat buat BN. Umum mengetahui, calon BN di pilihanraya kecil dari Rohaizat (Penanti) sehinggalah Azhar Ibrahim (Tenang) mempunyai masalah. Ustaz ini berjanji akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada kawannya berkenaan isu panas ini. Sekiranya dapat maklumat panas ini, saya akan paparkan dalam blog ini...tunggu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan