Budak 4 tahun mati tersepit meja

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui dalam keadaan terkulai selepas lehernya tersepit pada sebuah meja lipat di luar rumahnya di Jalan Damai 9, Taman Damai, Senai di sini kelmarin.

Siti Nor Haiza Habibu Rahman dipercayai bermain di luar rumahnya seorang diri sehingga berlaku kejadian itu tanpa disedari keluarganya.
Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, ketika kejadian, dia masuk tidur di biliknya pada pukul 3.30 petang dan selepas bangun, dia terus melakukan kerja rumah.
"Kebiasaannya, Nor Haiza akan tidur sekali bersama saya selepas makan tengah hari tetapi pada hari itu, dia begitu leka bermain," katanya kepada pemberita semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan