'Jika pemprosesan tanah jarang (rare earth) selamat, mengapa tak bina di Perth'

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

NONEKatanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.

“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. 

“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia? 

“Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya?” soalnya dalam satu kenyataan media.

Pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia dilaporkan beberapa hari lalu oleh akhbar harian Amerika, theNew York Times (NYT) yang memetik beberapa pakar yang melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan .

NONE“Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil... Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan taman perumahan penduduk.

“Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat?” soal Nasrudin.

Menurutnya, kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah, Perak pada sekitar tahun 1982 hingga 1987. Namun ia mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti kanser, leukemia dan kecacatan.

NONE“Malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan, Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung,” katanya.

Nasrudin kemudian menyenaraikan semula kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

Berikut disiarkan kronologi penuh berkenaan:

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35 peratus), Beh Minerals (35 peratus), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20 peratus) dan beberapa peniaga bumiputera (10 peratus).

Baca selanjutnya di sini
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan