Ketua Wira PERKASA : Kamu Tak Laku Sesen Pun Pada Kami.

umnopenipu
Kisah perletakan jawatan Si George Bush (jangan guna ‘mamat’ kerana nama tu adalah nama mulia junjungan Nabi s.a.w) yang bernama Arman Azha dalam Malaysiakini semalam (29hb Mac 2011) menjadi tajuk berita yang agak menonjol. Malangnya George Bush ni bukan meletak jawatan kerana keinsafan atau kesedaran tetapi kerana sebab beliau rasa populariti beliau sudah ada dalam ‘pasaran’. Maksudnya ialah beliau telah memperalatkan PERKASA untuk meraih kemasyhuran kerana dalam UMNO beliau tidak dapat menonjol. Sebenarnya berita tentang perletakan jawatan beliau ini tidak perlu ditonjolkan oleh Malaysiakini melainkan jika beliau sudah insaf diri. Malangnya beliau tetap dengan parti atau pertubuhan pengkhianat bangsa, agama dan Negara. 

Apa yang agak menarik perhaian ialah kenyataan beliau iaitu; "Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah”. Sekali baca terasa lawaknya. Dua kali baca terasa meluat dan memualkan. Ya, agak pening juga kepala membacanya. Seolah-olah beliau ini perasan akan harga dirinya yang kononnya tinggi, penting dan menjadi rebutan. Tidakkah benak pandirnya terfikir bahawa tawaran berjuta ringgit hanya diberi kepada pemimpin pembangkang untuk belot kepada UMNO sedangkan beliau sendiri adalah dalam UMNO??!! Lagi pun si George Bush ni bukannya ‘public figure’ yang bernilai??!!

Kepada Si George Bush yang bernama Arman, kami nak maklum bahawa kamu di sisi kami tidak bernilai satu sen pun. Hanya Pak Kadok sahaja (yang keturunannya baghal pun malu untuk mengaku) sanggup untuk menawarkan wang 5 sen kepada kamu untuk meletakkan jawatan dari pertubuhan rasis hipokrit pimpinan Pak Katak durjana itu. Tetapi jika beliau bersama dengan perjuangan Islam maka harga diri beliau adalah amat tinggi di sisi Allah dan secara otomatik beliau juga berharga di sisi kami sebagai saudara se Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan