traveller06
Anak perempuan, puteri seorang ahli politik Afghanistan dilaporkan tewas akibat kecederaan yang dialaminya setelah diperkosa oleh tentera AS yang berpusat di wilayah Farah, sebuah bandar di barat daya negeri itu.
Sumber-sumber di Afghanistan yang meminta identitinya dirahsiakan menceritakan peristiwa itu pada Iran Newspaper on Network. Menurut mereka, tentera AS dengan menggunakan lima kereta Toyota Hiace membawa anak perempuan itu bersama sejumlah perempuan dan gadis Aghan lain ke pangkalan tentera AS di wilayah Farah. Di berek tentera itulah, tentera-tentera AS dengan biadab memperkosa perempuan-perempuan Afghan itu.
Laporan perubatan menunjukkan bahawa seorang anak perempuan yang tewas kerana mengalami pendarahan akibat pemerkosaan itu. Dua orang korban perkosaan yang lain dibawa ke rumah sakit terdekat dan menjalani rawatan kerana cedera serius kerana perkosaan yang dilakukan berkali-kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan