Lelaki 100 tahun kahwin kekasih berusia 93 tahun

DANA POINT, California: Seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

FORREST LUNSWAY dan isterinya, Rose Pollard.



Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.
Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.
Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.
Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia.
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan