Liwat II: Seluar dalam Saiful dirampas dari rumah teman wanitanya


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa memanggil saksi terakhir mereka, Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira. Berikut lintas langsung kronologi perbicaraan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9.06 pagi: Mahkamah mula bersidang. Pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengambil tempat di kandang saksi. Beliau sekarang adalah Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman.
9.08 pagi: Jude mula bertugas dalam sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman bermula 4 Januari 2011. Sebelumnya beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields bermula 1 Jun 2008.
9.10 pagi: Saiful keluar dari bilik saksi untuk dicam.
9.11 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di galeri mahkamah.
9.12 pagi: Menurut Jude, beliau menghubungi Superintendan Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada masa itu selepas mendapat tahu tentang laporan liwat itu. Ku Chin Wah meminta beliau menyiasatnya.
9.13 pagi: Jude memberitahu beliau berjumpa dengan Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur pada Jam 8.50 malam 28 Jun 2008 di Hospital Kuala lumpur.
9.16 pagi: Pada jam 9 malam menemui tiga orang doktor HKL-Dr Siew, Dr Razali, Dr Khairul-yang memeriksa pengadu.
9.19 pagi: Beliau bertemu doktor-doktor itu di Bilik Mawar, Hospital Kuala Lumpur.
9.20 pagi: Beliau turut ada bersama sepanjang pemeriksaan berlangsung. Pemeriksaan berlangsung dari jam 9.30 malam sehingga jam 11 malam.
9.21 pagi: Menurut Jude, yang memeriksa Saiful adalah Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam. Dr Siew menerima dan membungkus spesimen yang diterima daripada kedua-dua doktor itu.
9.22 pagi: Spesimen darah pengadu turut diambil untuk laporan toksikologi.
9.28 pagi: Jude memberitahu menerima spesimen daripada doktor pada 12.30 pagi dan pulang ke pejabatnya di Brickfields pada jam 1 pagi 29 Jun 2008.
9.29 pagi: Menurut Jude, beliau turut merampas kemeja jenama Ralph Lauren biru muda daripada pengadu di hospital  sebelumnya.
9.36 pagi: DSP Jude memeriksa pelincir jenama Johnson and Johnson yang dirampas daripada pengadu.
9.41 pagi: Jude memberitahu turut merampas seluar dalam biru hitam (blue black) kepunyaan Saiful dari rumah teman wanitanya. Ia diambil daripada mesin basuh di rumah teman wanita pengadu.
9.41 pagi: Kesemua eksibit yang diterima Jude sewaktu menyiasat kes disimpan di peti besi beliau di pejabatnya di Brickfields.
9.41 pagi: Beliau menanda eksibit yang diterima pada 1 Julai 2008.
9.47 pagi: Menurut Jude, pada 30 Jun 2008, beliau ke sebuah kondo yang dipercayai tempat kejadian di Damansara bersama sepasukan polis forensik.
9.49 pagi: Pasukan forensik jumpa sehelai bulu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara.   Di unit 11-5-2 pula, pasukan forensik menemui sehelai duvet dan sehelai karpet.
9.52 pagi: Menurut Jude, beliau memasuki kondo tersebut dengan izin pemiliknya. Pemilik kondo, Hasanuddin Hamid keluar dari bilik saksi untuk dicam Jude.
9.54 pagi: Jude mengecam sehelai bulu yang diambil dari kondo dipercayai tempat kejadian.
10.10 pagi: Mahkamah berehat sebentar.
10.42 pagi : Mahkamah bersambung semula. DPP Yusof menyambung soal balas DSP Jude Pereira berkenaan 12 spesimen yang diterima daripada pihak hospital.
10.48 pagi: DSP jude memberitahu beliau menyerahkan spesimen ke Jabatan Kimia Petaling Jaya pada 30 Jun 2008. Ia diserah kepada Dr Seah Lay Hong di Jabatan Kimia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan