Mengapa sekarang, mengapa Anwar Ibrahim?

Afif Nasri
Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan di kalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan.

Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan),  kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran.

Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa.

Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara!

Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan