Nasihat ikhlas kepada pelajar aku yang suka posting gambar dalam FB..

Sifu
Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, saya mewajibkan pelajar ada blog dan facebook (FB). Tapi saya banyak kali menasihatkannya untuk tidak membuat posting gambar-gambar perseorangan yang boleh membawa padah apatah lagi wanita biasanya lebih baik gambarnya untuk mahram sahaja.

Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya... sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergelomang dalam dunia IT??

Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..

Sebenarnya kenyataan di atas yang kolot dan bodoh.. Mereka yang mengikuti nasihat agamanya sendiri adalah mereka yang berada dalam landasan "kemenjadian" (Pengetua saya selalu guna perkataan ini) yang hakiki. Kenapa??

Semasa di SMK Sultan Omar tahun 2002 saya telah beli dua kamerahandycam Sony untuk sekolah. Digital 8 dengan harga sekitar RM2600. Handycam ini mempunyai fungsi NightShot (0 Lux). Nightshot adalah bertujuan mengambil gambar malam tanpa cahaya... gambarnya kelihatan warna hijau. Semasa aku ke sekolah SMK Tengku Intan Zaharah, handycam jenis ini pun ada, di bawah jangaan cikgu Wan Mohd Anuar. 

Disebalik Nighshot 0 Lux ini, jika kita guna filter Infrared See-Through Filter PF pada waktu siang hari (sebaiknya tengahari) dia boleh menembusi baju yang nipis dan menampak apa yang ada didalam.
Bagaimana "menantang ning" berfungsi dan disalah gunakan oleh mereka yang kreatif dan mereka otak "kotor". Jika anda belajar Fizik (kebetulan pula saya memang cikgu Fizik) anda akan mengetahui dengan fenomena cahaya.

Petunjuk:
1. Cahaya Matahari (terang)
2. Tubuh Manusia
3. Baju
4. Infrared rays
5. Ultraviolet dan visible rays
6. KAYA PF (Filter)
7. Handycam

Ini kaedah bagaimana cahaya boleh menebusi lapisan pertama kerana kita tahu cahaya putih ada 7 komponen warna. Memang susah nampak macam ini. Saya ambil satu contoh bagaimana MatSalleh pakaikan seluar dalam pada kotak Sony... Walaupun nampak lucu tapi ini boleh memberikan penerangan yang lebih baik.



Segala apa yang tersembunyi boleh nampak belaka.

Masa saya beli Handycam Sony itu kerajaan Malaysia baru sedar dan mengelurkan arahan untuk mengambil balik semua filter berkenaan dan fiter berkenaan di haramkan di Malaysia. Engkau orang tahulah benda haram ini lagi cepat mereka yang memilik handycam akan mencari... lagikan dadah yang kena hukum gantung pun ramai orang seludup... ini sekadar haram sahaja!

Kalau payah order aje melalui internet mana orang tahu ini adalah fiter.. Anjing pun tak belajar lagi mengesan fiter ini pasal takkan dia kenal bau filter. Kalau saya gantung di "tekok" saya pun siapa tahu ini fiter yang dimaksudkan kerana semua filter kamera sama sahaja.. Tak percaya tanya cikgu Mulia..

But it's bad business to count on consumers being logical. In a discovery that was first publicized by a Japanese men's magazine, it so happens that in a well-lit setting, in certain instances, a NightShot camera can seem to penetrate fabric, revealing the underwear of fully clothed individuals, or making people in swimwear appear virtually naked. Of course, the NightShot is only a harbinger of the prurient progress that tomorrow holds in store. Sony may not have intended to design a camera that turns people naked, but you better believe somebody else eventually will. Newsweek(1999)
Itu cerita 2002, teknologi tahun 1999...

Sekarang 2010, teknologi makin berkembang dan perkembangannya cukup pesat. Sekarang boleh scan gambar menjadikan dia seolah gambar yang tak elok menggunakan teknik Super Impose dan X-Ray.

Saya tak akan tunjuk secara secara detail, mana tahu anda akan belajar pula nak buat eksperimen.. Entah-entah gambar saya tersiar dalam majalah porno... mampus aku nak membela diri, membersih aib....

Tiga gambar pelajar perempuan di atas sebenarnya diambil daripada FBnya. Gambar itu bagus menuntup aurat. Tapi malangnya ada manusia jahat telah merosakkan imej ini dengan menggunakan teknologi baru 2010.. Hasilnya....


Kalau gambar anda disiarkan begitu di internet akibat keghairah anda membuat posting gambar dalam FB. Siapa harus dipersalahkan.... Saya nasihatkan kepada semua pelajar perempuan, guru wanita (terutama yang bujang) dan lelaki juga... awasilah gambar anda di FB... Malang tak berbau....

Pasal itu ada orang menasihati kita "jangan caya lelaki"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan