SHAH ALAM, 28 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Ang Leng Kiat.
Ang yang juga seorang ahli peniagaan berkata pegawai SPRM tiba kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa memberikan sebarang notis, lapor Malaysiakini.
"Mereka kata mereka melakukan pemeriksaan rambang terhadap saya dan syarikat saya. Mereka tak kata apa-apa mengenai MBSA," kata Ang yang memiliki syarikat yang bergiat dalam industri perkapalan.
Ang yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor menegaskan beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM.
SPRM sebelum ini mensasarkan beberapa EXCO kerajaan Selangor namun hasil siasatan itu tidak dimaklumkan setelah pembantu kepada EXCO Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati di perkarangan bangunan SPRM selepas di soal oleh badan itu pada Julai 2009.
-tvasnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan