Apa kita perlu buat dengan Utusan Malaysia yang celaka itu?

MELAYU DERHAKA
Saya terkejut tengok muka depan Utusan Malaysia hari ini. Cukup kurang ajar. Cukup lucah. Cukup melampau. Cukup menjijikkan. Cukup memualkan. Tapi apa yang boleh saya buat? Kalau setakat pulau, memang bos-bos Utusan itu tidak mengerti apa-apa; mereka buat tak kisah saja. Jadi, apa harus saya buat dengan suratkhabar Utusan yang siarkan di muka depan dan ditambah gambar-gambar porno di muka dalam.

Memanglah Utusan Malaysia itu akhbar Umno, yang akan promote apa saja demi kepentingan Umno/BN dan akan melawan Pakatan Rakyat, terutama Anwar Ibrahim, menggunakan apa jua.

Kempenlah untuk Umno seperti Harakah kempen untuk PAS. Itu biasa. Tapi janganlah benda-benda aib seperti video lucah pun nak disiarkan secara terbuka macam itu. Ini sudah melampau. Darah saya sudah terbakar. Saya bukannya penyokong kuat Anwar tapi saya tak boleh terima seorang manusia nak dimalukan sebegitu rupa.
Jadi, saya nak bertanya, apa yang perlu kita buat dengan Utusan, dengan bos-bosnya, dengan pengarang dan wartawannya? Kita perlu sampaikan mesej agar orang di Utusan sana tahu apa perasaan umat Islam tengok muka depan akhbar terkutuk itu hari ini.

Saya minta pandangan tuan-tuan, apa yang saya boleh buat kepada Utusan, selain membakar akhbar celaka itu, atau kempen memulaunya? Saya tidak akan tenang jika pihak Utusan yang celaka itu tak diberi pengajaran sewajarnya.

2 ulasan:

  1. Salam Yob, ada tak sesapa buat Facebook Anti Utusan? Kalau belum ada meh buat dan war-warkan cukup!

    BalasPadam
  2. apa per buat??? Amat mudah dan amat jitu... boikot daripada melabur duit poket dari membeli utusan meloya... dosa bersubahat tak dapat duit pun jimat... utusan meloya akan bungkus dgn sendirinya...

    BalasPadam