Kali Ini Siapa Yang Akan Halang Kes Qazaf?

wfauzdin_ns
SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu.

Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam.

Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil./

Tiada ulasan:

Catat Ulasan