Pengiraan undi telah bermula di pusat-pusat undi tertentu yang telam ditutup. Kecuali dinyatakan, berikut adalah keputusan tidak rasmi:
LAPORAN LANGSUNG
6.04pm: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin juga merampas Repok dari Supp (kedua-duanya di Sarikei) tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya.
Bukit Raja mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau iaitu sebanyak 54.3 peratus manakala pengundi Cina hanya 30.8 peratus.
6.04pm: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin juga merampas Repok dari Supp (kedua-duanya di Sarikei) tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya.
Bukit Raja mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau iaitu sebanyak 54.3 peratus manakala pengundi Cina hanya 30.8 peratus.
6.00pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB.
N24 Beting Maro
PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48
Manakala di Sebuyau, calon BN Julaihi Narawi mendahului dengan 2,387 undi. Calon PAS, Adam Ahid mendapat 841 undi manakala seorang calon Bebas hanya mendapat 54 undi.
5.46pm: Menurut sumber, BN berjaya mempertahankan Balingian, Beting Maro, Belaga, Saribas, dan sedang mendahului di Ngemah, Jepak, Katibas, dan Bawang Assan.
5.44pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:
Bawang Assan
DAP - Alice Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723
Dudong
DAP - Yap Hoi Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862
Bukit Assek
DAP- Wong Ho Leng - 301
BN - Chieng Boon Tuong 265
Meradong
DAP - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170
5.32pm: Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.
5.30pm: Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.
Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.
5.27pm: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang mendahului di Balingian. Dengan lima pusat mengundi dikira, beliau mendapat majoriti 641 undi.
Taib dicabar oleh dua pupunya, bekas timbalan menteri, Datuk Salleh Jafaruddin, yang bertanding sebagai calon Bebas manakala PKR pula meletakkan ahli perniagaan wanita Suriati Abdullah dari PKR.
5.00pm: Semua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.
4.50pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahuli di beberapa kerusi yang ditandinginya.
Di Meradong daripada 12 saluran yang telah dikira, calon DAP Ting Tze Fui mendahuli lawannya dari Supp, Ling Kie King dengan 800 undi.
Pecahan pengundi di Meradong adalah Melanau: 3.08 peratus, Cina: 56.18 peratus, Iban: 35.60 peratus dan bangsa lain 5.16 peratus.
Di Bukit Assek, selepas peti undi di tiga saluran dibuka, DAP mendahului dengan hanya 26 undi.
DAP diwakili oleh pengerusi Sarawak, Wong Ho Leng yang juga MP Sibu. Beliau dicabar oleh Chieng Buong Toon dan seorang calon Bebas.
Di DUN Bawang Assan, selepas 12 saluran dikira DAP ketinggalan dengan 1,200 undi.
Namun kebanyakan yang dibuka bukan daripada kawasan pengundi majoriti Cina.
Ini dianggap kubu kuat Supp yang dipertahankan oleh calon, Datuk Wong Soon Koh
Bawang Assan mempunyai lebih 65 peratus pengundi Cina.
Di Dudong, selepas 13 saluran dikira DAP ketinggalan dengan 650 undi. Namun seperti di Bawang assan, kebanyakan undi yang dikira bukan dari kawasan peti undi majoriti Cina.
DAP diwakili oleh Yap Hoi Liong dan dicabar oleh calon Supp Tiong Thai King.
4.47pm: Keputusan tidak rasmi dari sumber BN:
BN: 3134
PKR: 468
Bebas: 280
BN: 2,105
PKR: 814
Kedua-dua kerusi tersebut adalah majoriti pengundi Melayu/Melanau dan pada pilihan raya negeri 2006 dimenangi oleh calon-calon PBB.
4.35pm: Menurut satu sumber BN, kedudukan terkini keputusan ialah:
BN: 12 kerusi
Pakatan: 1 kerusi
4.24pm: Di Batang Ai, BN sedang mendahului dengan 200 undi daripada undi yang telah dikira.
Namun hampir separuh lagi undi belum dikira khususnya di saluran yang mempunyai bilangan pengundi yang tinggi khususnya di pekan Lubok Antu.
Ini bermakna PKR masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan.
4.18pm: Sumber BN mendakwa kerusi Semop yang mempunyai 8891 pengundi - kebanyakan mereka pengundi Melayu/Melanau - berjaya dipertahankan dengan majoriti 2,712.
BN - 3138
PKR - 426
Bebas - 324
BN juga sedang mendahului di lima kawasan majoriti pengundi Melayu/Melayu - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Saribas.
Mereka juga sedang mendahului di kerusi majoriti Iban di Layar.
4.10pm: Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui.
Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.
Adalah dikatakan PBB mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya lalu dengan 94 undi kerana menurungkan calon yang tidak popular.
Keputusan awal menunjukkan strategi PBB untuk menggantikan penyandangnya, Wahbi Junaidi dengan calon muda Muhammad Razi Sitam, berjaya meningkatkan sokongan.
3.58pm: DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.
Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan.
DAP - 1,072
Supp - 613
3.53pm: Sumber PKR berkata BN mendahului dengan 700 undi di Layar dan masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN itu, kata sumber tersebut.
Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menterti, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.
Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.
3.50pm: Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.
Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.
“Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi,” katanya.
3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1
3.45pm: Sumber PKR berkata BN sedang mendahului dengan 400 undi di Engkilili. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi ‘kelabu’ BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.
3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba’Kelalan. Keputusan tidak rasmi:
PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477
3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:
BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037
3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.
Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.
3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.
Berikut antara kerusi tersebut:
N 22 Sebuyau (5.20 petang)
PAS - 719 undi
BN - 1,928 undi
Bebas - 44 undi
N03 Tanjong Datu (5.20 petang)
PAS - 223 undi
BN - 954 undi
Bebas - 50 undi
N20 Sadong Jaya (5.20 petang)
PAS - 681 undi
BN - 2,516 undi
Bebas - 327 undi
N 15 Muara Tuang (5.20 petang)
PAS - 575 undi
BN - 1,580 undi
N24 Beting Maro (5.30 petang)
PAS - 2,231 undi
BN - 2,804 undi
Majoriti - 573 undi
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan