PAS bermula dengan ceria namun sedih di petang hari

Harakahdaily
KUCHING, 16 April: Bermula dengan ceria di kalangan para petugas PAS pagi tadi, namun berakhir dengan kesedihan apabila gagal mencapai sasaran untuk melahirkan anak pertama mereka di Sarawak.

 Ia tambah sedih lagi apabila seorang petugasnya dari Kelantan yang bertugas sejak dari hari penamaan calon di sini meninggal dunia secara tiba-tiba tengahari tadi di Beting Maro.
(Gambar: Rakan-rakan petugas PAS menziarahi jenazah Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, yang meninggal dunia berbual-bual dengan rakan-rakannya tengahari tadi)

Secara tak rasmi PAS diumumkan kalah jam 4.30 petang tadi di Beting Maro, dengan majoriti hampir 1,000 undi, kawasan yang dijangka akan dimenangi oleh PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Pagi tadi petugas PAS memulakan tugas mereka dengan ceria apabila mendapat pelbagai gambaran positif dari pelbagai pihak khasnya Zentrum Future Studies yang meramalkan PAS menang di kelima-lima Dun yang ditandinginya.

Pengarah PRN PAS kali ini, Nasharudin Mat Isa pula meramalkan PAS akan melahirkan sekurang-kurangnya 'anak kembar' semalam yang membayangkan PAS akan menang di sekurang-kurangnya dua Dun.

Namun apabila disahkan PAS kalah di Beting Maro  petang tadi, semua harapan itu berkecai.

PAS bertanding di lima kerusi dalam PRN Sarawak kali ini iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu dalam PRN kali ini.

Keputusan tidak rasmi yang diperolehi sehingga kini adalah Beting Maro (PAS 2578 BN 3014), Sadong Jaya (PAS1072 BN 3949), Sebuyau (PAS 841 BN 2387), Muara Tuang (PAS 728 BN 2389) dan Tangjong Datu (PAS 655 BN 2940).

SPR akan mengumumkan angka mereka malam ini.

Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pimpinan, warga petugas serta penyokong yang memberikan komitmen untuk pilihan raya ini.,

"Sumbangan serta kerja kuat menjayakam gerakkerja kempen PRN Sarawak
Insha Allah akan memperolehi limpahan ganjaran Allah swt," kata Mohd. Nasir Daud, Setiausaha JPP  dalam satu kenyataannya selepas keputusan tidak rasmi PAS kalah kelima-lima Dun keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan