Siapa Kata Polis, SPRM, SPR Tidak Bebas?

ramziredang

"Saya cukup tidak setuju jika ada orang kata polis ,SPRM atau SPR tidak 'bebas'. Dalam kes video seks misalnya, hishamudin menafikan polis 'terlibat'. Kata kata hishamudin ada benarnya. Polis memang 'tidak terlibat' untuk menangkap penayang video lucah. Polis juga 'tidak terlibat' untuk memberitahu identiti sebenar pelakon yang membintangi filem arahan tamby chik tersebut. 

Polis bebas. Bebas menangkap sesiapa yang ceramah dalam bangunan kerana polis 'tidak terlibat' dengan kebebasan yang adil. Begitu juga SPRM, SPR dan berbagai badan 'bebas' lain.

Polis juga 'bebas' melepaskan tembakan kepada orang awam(amirul rashid contohnya) jika perlu demi untuk mempertahankan diri.Pihak polis atau FRU juga memiliki alat 'bebas' seperti 'water canon' yang berasid. Alat ini memang 'bebas' dihalakan ke arah mana yang dikehendaki dalam kelompok para demostran jalanan. Cotar juga 'bebas' disinggah ke kepala siapa yang dikehendaki kerana polis 'tidak terlibat' dengan kebebasan bersuara.

Sebagaimana peristiwa memali dahulu, pihak berkuasa 'bebas' melepaskan tembakan dengan senapang dan pistol demi mempertahankan diri melawan orang yang tidak berdaya. Kerana polis 'tidak terlibat' dengan kepentingan nyawa orang awam yang lemah dan tidak berdosa.

Sejarah juga ada menukilkan tentang bekas ketua polis 'bebas' memilih untuk melebamkan mata yang sebelah kiri ke atau sebelah kanan.

Polis juga 'bebas' menyeret speaker dewan undangan negeri Perak. Jangan kata polis terlibat, kerana polis 'tidak terlibat' langsung dengan kemuliaan dewan.

SPRM juga adalah sebuah badan 'bebas' dan 'berkecuali'. Bebas memilih masa untuk menyiasat para pemimpin pembangkang. Bebas memilih kes lembu atau apa sahaja untuk disensasikan di dada akhbar. Bebas untuk menekan Teoh Beng Hock hingga melebihi 12 malam dalam masa yang sama bebas memuat turun video lucah.

SPRM 'berkecuali' dari untuk menekan mana mana pemimpin BN. SPRM berkecuali dari menyiasat projek mee segera oleh Najib dan kuncu kuncunya.

SPR juga adalah satu badan bebas dan berkecuali. SPR bebas memindahkan pengundi ke mana sahaja yang diinginkan supaya bila tiba hari mengundi, nama pengundi tidak ada di kawasan tersebut. SPR juga adalah sebuah badan bebas yang boleh menyanggah pengistiharan kerusi kosong oleh speaker. 

SPR juga 'bebas' mengistiharkan tidak ada pilihanraya di kawasan wakil rakyat BN yang tidak hadir dewan. SPR berkecuali dari memberi peluang kepada parti lain mengibarkan bendera, "hanya parti yang bertanding".

SPR juga cuba menonjolkan sikap bebas untuk meletakkan isteri tentera atau doktor sebagai pengundi pos. Ini bertujuan supaya mereka ini dapat menunjukkan sikap berkecuali SPR dari memberi kemenangan kepada pembangkang.

Najib juga kata jangan kaitkan video seks dengan UMNO. Ini saya sokong kerana yang membuat video seks ini adalah bekas ketua pemuda PAS malaysia yang bernama rahim tamby chik. Rahim juga adalah bekas ketua menteri melaka ketika menjadi ahli PAS. Malah ketika inipun, dia sebagai pengerusi Risda adalah ahli PAS seumur hidup. Jadi jangan kaitkan isu ini dengan UMNO ok????Kerana mereka (Datuk T) ahli PAS lah mereka bebas berkeliaran sehingga ke hari ini. (Jangan kaitkan dengan UMNO ok??)

Rumusannya siapa kata badan badan berkecuali di Malaysia tidak bebas? Malah Malaysia sendiri adalah sebuah negara bebas. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bebas.....BEBAS DIPERLAKUKAN APA SAHAJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan