Wanita Aceh pengsan disebat kerana mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain meskipun sudah berkahwin


IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.
BANDA ACEH: Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.
Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.
"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy.
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan