Wanita disyaki bomoh kena serang

Harakahdaily
MUKAH, 6 April: Pusat penamaan calon N.51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Bebas, Salleh Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut  laman web http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/ beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.
Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.
Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang.
Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan