Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur

Mohd Sayuti Omar
Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?

Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.

Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.

Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.

Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.

Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasah atau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.

Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.

Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lagi. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?

Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.

Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.

Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?

Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.

Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musnah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.

Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.

Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.

Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan