Bersedia untuk buang pandi kutty!

Penarik beca
Nombor 1 sekali, Selamat Hari Guru. Saya tetap menyanjungi guru-guru walaupun tempat yang paling saya rimas, malas nak pergi dan boring gila ialah sekolah. Antara hari yang paling bahagia dalam hidup saya ialah apabila saya meninggalkan alam persekolahan.

Long Heng Hua, pengetua sekolah saya mengaji di Taiping adalah makhluk yang saya tak nak tengok langsung dah muka dia selepas saya bebas dari penjara bernama Sekolah Menengah King Edward VII (Sekolah KE).

Pada saya masa itu, para pengawas adalah tempat saya melepaskan kebencian. Saya panggil pengawas anjing Pak Long (Pak Long ialah panggilan kami di sekolah KE tu kepada Long Heng Hua) atau anjing sekolah. Saya mohon maaf. Malang sungguh nasib saya, ada anak saya yang nak jadi pengawas jugak walaupun saya tak suka. Saya jenis tak bergaduh dengan kemahuan anak yang tak menyalahi perintah Tuhan. Tapi saya tetap tak suka anak saya jadi pengawas. Dah la tu, ada anak saya yang dah nak habis praktikal dah dalam dua minggu lagi untuk jadi guru!

Ramai Cik Gu yang saya hormat dan suka tetapi mohon maaflah, pada saya, alam persekolahan (sekolah menengah) ialah kenangan yang sangat busuk!

Takat tu dulu cerita guru dan sekolah. Yang saya nak tulis ialah fasal berita bertajuk "Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95" yang menarik perhatian saya. Pada saya, berita itu bertajuk "Bersedia untuk buang pandi kutty!"

Bila harga minyak naik, ia akan mengakibatkan kesan berganda. La ni pun, hampir semua orang yang saya jumpa mengeluh tentang kenaikan harga barang. Terasa sangat, depa kata. Bayangkan bila minyak naik. Malaysia akhirnya akan jadi penjara besar. Dan orang-orang Melayu kerjanya tak habis-habis membongokkan diri membodek pandi kutty yang menjadi warder-warder gila dalam penjara besar tu.

Memang, bila pandi kutty kalah, parti lain menang. Nak buat lagu mana, dah equationnya gitu. Parti lain naik pun, bukannya depa boleh bagi syurga atau sekurang-kurangnya utopia kepada kita. Tapi sebahagian besar dari masalah sekarang berpunca dari pandi kutty. Kena perambat dulu pandi kutty tu. Kena bunuh kuasa mereka. Itu sebahagian dari kerja utama menyelamatkan negara ini jadi penjara besar yang menyiksa kita.

Sejak merdeka ada subsidi. Tak ada pun kata nak bankrap. Pandi kutty boleh kata, kos dulu tak sama dengan kos sekarang. Rakyat sekarang pula lebih ramai. Bukan senang nak urus ekonomi.

Bukan itu persoalannya. Persoalannya kerajaan pandi kutty bongok. Depa tak reti nak cari sisi-sisi baru ekonomi yang boleh menjana pendapatan lebih besar. Jangan kata apa, kabinet pun pakai template lama. Tidak pro ekonomi. Lembab macam dinosaur yang dah nak mampoih.

Orang ada kata, Datuk Seri Najib buat ETP dan macam-macam. Saya tanya orang-orang korporat. Depa gelak besar. Depa tibai program-program ekonomi Najib sampai aku pun percaya apa depa kata. Apa depa kata? Depa kata, "Pak Lah senang, dia bodoh dan nampak bodoh. Najib ni nampak cerdik, tapi bodoh nak mampos!"

Bukan aku kata gitu, depa yang kata.

Nak kata depa bias sangat, Tun Dr Mahathir depa puji berasap pulak. Walaupun, banyak sungguh benda yang tak elok fasal orang tua tu depa cerita kat saya, tapi depa tetap kata Tun tak bongok.

Saya tau, majoriti orang Melayu dah berjaya dibangangkan dan depa sokong pandi kutty. DAP berjaya dijadikan hantu yang mengancam Melayu oleh pandi kutty. Orang Melayu lebih takut DAP dari Allah Ta'ala. Depa lupa langsung-langsung, kalau Melayu berjaya dikuatkan iman mereka kepada Allah Ta'ala dan berjaya ditingkatkan ilmu dan kemahiran mereka, bulu roma depa pun DAP tak mampu nak gugurkan.

Melayu di bawah pandi kutty macam buih. Takat boleh menjerit bodoh macam Datuk Ibrahim Ali. Ada riwayat yang menyatakan:
“Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud)
Saya dah kata, kalau pembangkang menang pun bukannya depa mampu wujudkan utopia. Kita pun bukan nak duduk diam. Depa pun kita nak lawan kalau depa kurang ajaq. Apa nak takut lawan depa. Kita dah ada pengalaman lawan pandi kutty (Gambaq ihsan Mob1900)
http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan