pemudagombak
Selepas penguman kematian Osama yang diikuti dengan gambar dan terkini video gagal meyakinkan dunia, Obama dijangkan akan mengadakan sumpah laknat.
Sumber-sumber daripada Rumah Putih mengatakan, upacara sumpah laknat tersebut akan diberikan kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Anti-Terroris Washington (JAWI).
Dipercayai, keputusan untuk mengadakan sumpah laknat tersebut dipersetujui oleh Obama selepas beliau mendapat nasihat daripada APCO.
APCO merupakan sebuah firma perundingan antarabangsa yang pernah memberi nasihat untuk menaikkan imej negara Israel dan sebuah negara di Asia Tenggara yang namanya dirahsiakan.
Menurur sumber juga, sumpah laknat itu dilaksanakan berdasarkan kes yang pernah berlaku di sebuah negara yang dinasihati APCO yang berjaya meyakinkan rakyat negara tersebut.
”Kami yakin dengan cara ini masyarakat dunia tidak akan ragu-ragu lagi kerana Obama akan melafazkan ikrar tersebut sebanyak tiga kali”, kata sumber yang enggan didedahkan namanya itu.
Menurut sumber lain pula, sebelum sumpah laknat tersebut dilaksanakan Obama akan membuat sidang media untuk memaklumkan upacara majlis itu nanti yang akan disiarkan secara lansung.
”Obama juga akan mencabar Osama yang dikatakan meninggal dunia untuk bersumpah bersama-sama beliau bagi membuktikan kebenaran”, menurut sumber itu juga.
Berita pernuh di www.PemudaGombak.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan