KUALA LUMPUR: Edisi ke-16 akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan tampil dengan pendedahan berani merungkai skandal demi skandal kerajaan Umno Barisan Nasional.
Terkini, paparan ‘Hakim Neraka’ menghiasi muka depan akhbar kali ini yang mengupas perbicaraan berat sebelah dalam kes fitnah 2 melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Huraian lanjut mengenai perbicaraan bersifat politik itu dibongkar di halaman empat dan lima.
Turut dilaporkan adalah harga petrol RON95 disahkan akan naik lagi berikutan jaminan kerajaan Umno BN yang rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga bahan bakar itu dalam jangka masa terdekat.
Sementara itu, ruangan ‘Q&A’ pula menampilkan pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Hamid yang berkhidmat dengan Anwar selama hampir 28 tahun.
Abdullah Sani menceritakan pengalaman beliau sebagai pekerja yang menghabiskan sebahagian besar masa dengan Ketua Umum KEADILAN itu.
Dalam temubual eksklusif itu juga, Abdullah Sani menceritakan beberapa ‘rahsia’ Anwar dan keluarganya yang mungkin tidak diketahui orang ramai.
Paparan Suara keadilan kali ini juga padat dengan rencana menarik, antaranya mengenai ancaman bunuh yang diterima Anwar ekoran wujud elemen untuk mensabotaj Ketua Pembangkang itu.
Selain itu, isu Kristian sebagai agama rasmi yang dimainkan Umno-Utusan Malaysia dan penarikan balik subsidi daripada rakyat juga dikupas untuk bacaan ramai.
Pada ruangan rencana oleh Kolumnis yang ditunggu setiap minggu, Hishamuddin Rais pula ‘membongkar’ kempen ‘Jom Heboh’ Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Turut didedahkan adalah bagaimana agenda akhbar Utusan Malaysia ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepimpinan tertinggi Umno.
Pembongkaran itu dilakukan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang juga merupakan bekas wartawan kanan di Utusan Malaysia.
Dapatkan Suara Keadilan 16 di gerai pengedar akhbar berdekatan anda dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan