Isu agama Kristian telah selesai dengan kenaikan harga gula!

anak_muar
Syabas dan Tahniah kepada kerajan UMNO-BN kerana telah menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 lagi sebagai langkah terbaik dan berkesan bagi menyelesaikan isu kontroversi berkenaan agenda mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara oleh pihak tertentu. 

Tindakan bijak kerajaan amat tepat dan bijak bagi meredakan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu terhadap isu agama. Olehi itu keputusan kerajaan menaikkan harga gula telah berjaya membuatkan rakyat berasa lega dan aman. 

Kesimpulannya adalah kita perlu fahami bahawa selepas ini jika ada timbul isu-isu sensitif yang kontroversi adalah bermakna salah satu harga barangan keperluan utama rakyat akan dinaikkan oleh pihak kerajaan UMNO-BN. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu adalah golongan yang paling duka apabila harga barangan keperluan naik. Namun sikap Melayu yang mudah ditipu dan dipermainkan oleh pihak pemerintah Melayu sendiri membuatkan mereka akan terus hanyut dengan kelemahan sendiri.


Kerajaan UMNO-BN sememangnya arif akan kelemahan orang Melayu yang mudah percaya dan terperangkap dengan isu-isu ciptaan bagi mengalihkan tumpuan orang Melayu untuk fokus dan faham akan isu yang sepatutnya mereka fokus. Oleh sebab itu pemikiran orang Melayu banyak terganggu dan dibelenggu dengan perkara-perkara yang akhirnya merugikan masa depan  mereka sendiri. Keadaan ini akan berterusan selagi mereka menyokong UMNO secara membuta tuli.


Jika hari ini dan seterusnya kepada sejumlah orang Melayu yang begitu taksub dengan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu menerusi sokongan penuh terhadap UMNO nilaikan sejauh mana dua slogan tersebut mampu mengurangkan atau melindungi hak dan kepentingan mereka. Adakah dua slogan tersebut mampu diterjemahkan dengan apa yang ditanggung oleh majoriti sejumlah Orang Melayu yang masih miskin dan mundur di tanahair sendiri. Bangsa lain yang tidak dianugerahkan dengan hak istimewa khsusnya orang Cina mampu berdikari dan maju jauh kehadapan berbanding bangsa Melayu. Kemajuan mereka adalah kerana sikap kuat berusaha dan tegas terhadap apa yang mereka mahu.

  
Semestinya setiap kali harga barang keperluan naik sudah tentunya golongan yang mengeluh dan berduka adalah majoriti besarnya adalah golongan Melayu yang diketahui sebagai golongan pengguna dan makan gaji. Tidak seperti orang Cina yang sejumlah besar dari mereka adalah golongan peniaga. Sumpah seranah sejumlah orang Melayu apabila setiap kali harga barang keperluan dinaikkan oleh kerajaan. Apapun tahniah sekali lagi atas kenaikan harga gula yang semakin membebankan rakyat kepada Orang Melayu bila harga barang naik pastikan anda melaungkan slogan HIDUP MELAYU..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan