PETALING JAYA: Pertubuhan Lawyer For Liberty (LFL) menyelar tindakan polis yang mengugut peguam kepada remaja yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), Fadiah Nadwa Fikri.
Menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan mengugut untuk ‘mencampak’ nya ke luar bangunan ketika beliau ingin menemui anak guamnnya di Ibu Pejabat Polis daerah Gombak.
Pegawai berkenaan katanya, mendakwa akan melakukan perkara yang sama dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes Teoh Beng Hock.
Pada sidang media di pejabat LFL pagi ini, Fadiah menjelaskan kehadirannya ke sana bagi mendapatkan keterangan anak guamnya Mohamad Arif Abu Samah, yang ditahan dibawah Seksyen 3 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.
“Seorang pegawai polis mengugut saya dengan berkata – ‘Jangan sampai jadi macam SPRM.
“Ketika saya sedang berurusan dengan anak guam saya, seorang polis datang mengganggu dan meminta nama dan nombor telefon saya. Saya mempersoalkan kehadiran mereka dalam bilik tersebut, dan mereka enggan keluar apabila diminta,” kata Fadiah.
Menurut Fadiah, terdapat 5 anggota polis di dalam bilik tersebut dan memerhatikan perbualan mereka.
“Ini adalah kesalahan besar, kerana komunikasi di antara peguam dan anak guam adalah sulit. Tiada siapa berhak untuk merakam atau campur tangan,” kata Fadiah.
Muhammad Arif Abud Semah, 19 ditangkap sekumpulan anggota polis dari IPD Gombak, 8 Mac lalu dan ditahan di rumahnya di Selayang atas tuduhan mencuri motorsikal.
Ketika ditahan Arif turut mendakwa dipukul dengan teruk di bahagian kaki dengan kayu panjang dan wajar. Menurut Arif, meskipun beliau merayu dan meminta bantuan perubatan, namun ia tidak diedahkan.
Penangkapan Arif di bawah EO dan seksaan fizikal dan mental yang dialaminya dikecam hebat NGO seperti LFL dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Ini kerana tangkapan di bawah EO itu membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari, yang bertentangan dengan hak asasi manusia untuk mendapatkan pembelaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan