Mahkamah Persekutuan hari ini menafikan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi jatuh ketika berada di Hospital Putrajaya.
"Laporan bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali," kata pegawai perhubungan awamnya, Yasmin Abdul Razak.
Dalam satu kenyataannya, Yasmin berkata Zaki ke Hospital
Putrajaya pagi ini untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran laporan yang menyebut Zaki kini ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya pagi ini.
Terdahulu, dilaporkan Zaki dipercayai dalam keadaan kritikal setelah mengalami dua serangan jantung awal hari Isnin.
Sumber-sumber berkata, beliau mengalami serangan pertama di rumah dan yang kedua di Hospital Putrajaya ketika menunggu rawatan.
Zaki kemudian dilaporkan dibawa ke IJN Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
-malaysiakini-
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan