MARAN: “Di dalam mimpi itu, saya didatangi seorang lelaki tua lengkap berpakaian jubah putih yang memanggil nama Nik Firdaus beberapa kali.”
Demikian kata seorang saudara baru, Nik Firdaus Abdullah, 22, dari Sungai Jerik yang mengakui kini tenang selepas memeluk Islam dan tidak menafikan mimpi sama dialami sebanyak dua kali itu mempunyai hubung kaitnya.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia didatangi mimpi buat pertama kali pada satu malam Jumaat dan memberi keresahan apabila sering memikirkan apa yang dimimpikan.
“Sehari sebelum mimpi kedua, saya ternampak lelaki berjubah putih di tepi masjid di sini dan menyebabkan satu kelainan.
“Saya menceritakan kepada ibu dan dibawa berjumpa dengan seorang ustaz.
“Secara kebetulan, ustaz berkenaan memaklumkan bahawa seorang rakannya yang baharu memeluk Islam juga mengalami mimpi sama seperti saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Firdaus berkata, minatnya terhadap Islam adalah sejak dari bangku sekolah namun kini baharu hatinya terbuka untuk memeluk Islam.
Menurutnya, terdahulu, ibunya memeluk Islam pada 2006 manakala adik-beradik lain masih lagi menganuti agama asal mereka.
“Alhamdulillah, kini saya tenang dalam Islam dan sedang mendalami Islam dengan bantuan seorang ustaz.
“Adik-beradik lain tidak membantah kerana ini kehendak saya sendiri dan bukan dipengaruhi sesiapa termasuk ibu,” katanya.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan