Menyelongkar Rumah Mona Fendy di Kuala Lumpur

LensaHandPhone

Tahun 1994, 18 tahun lalu Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah binti Ismail yang berasal daripada Perlis telah dijatuhkan hukuman gantung atas tuduhan membunuh Adun Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona juga adalah seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan UMNO. 

Banyak harta yang dia ini tipu dan salah satunya ialah sebuah Banglo di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 

Dalam keterangannya, Mohd Affandi juga mengaku memalsukan tandatangan Datuk Mazlan dalam surat perjanjian jual beli tanah dan banglo milik bekas Adun Batu Talam itu di Jalan Semarak (dulu JalanGurney), Kuala Lumpur, Julai 1993. Affandi meniru tandatangan Mazlan berdasarkan sekeping surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 bagi pembelian tanah dan rumah di Jalan Gurney. 

Saya berkesempatan ke Kuala Lumpur pada Disember 2010 untuk melihat sendiri rumah berkenaan. 

Ini rumah yang telah menjadi hak milik Mona Fendy setelah menipu ADUN UMNO Batu Talam. Gambar ini saya ambil pada Sabtu 11 Disember 2010 jam 9.30 pagi. 

Sekarang kawasan ini semuanya dikelilingi oleh kondominium. Dulu ada dua banglo seorang kaya Datuk daruipada Setiawan Perak. Banglo ini di sewa kepada Katerin, pelajar dan ada 2 banglo di buat sekolah swasta Al-Amin. Sekarang semuanya tak ada melainkan tinggal banglo kosong milik (secara surat) oleh Mona Fendy. 

Kes Mona Fendy adalah kes yang terhangat dikala itu. Ikuti sedutan video untuk kes ini;
Fail kedua

Mona juga adalah artis dan membuat rakaman lagu. 

Astro ada membuat cerita ala kisah pembunuhan ini 

Kisah ini saya selongkar bagi menunjukkan bahawa dalam UMNO ini semua ada. ADUN mereka memelik harta kekayaan entah daripada mana. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk kekuasaan. 

UMNO Dulu Kini Dan Selama-lamanya sesat!!

Pemuda Dungun 

2 ulasan:

  1. ok kita selongkar condo nuar pulak jumpa ......

    BalasPadam
  2. Macam2 ghagam ader dalam kesatuan demer ni.Ader yg kompoi harte,ader yg tipu/belit,ader yg bunuh sesamer satu geng.Tapi yg seghonoknyer ,ader juger yg suker sepak peti undi sbb kalah.Bukan calang2 org pulak tu.Ilmu ugamer penoh sampai tak muat kepaler,yg selebihnyer simpan dlm poket,sampai tak muat juger,tp peghangai mcm bajang tak bertuan.Mati dibuat dek puak2 ni.

    BalasPadam