Mohd Sayuti Omar
WALAUPUN siapa yang layak dan tidak layak untuk merebut jawatan tertinggi dalam Pas, kecuali presiden sudah terjawab, namun keadaan masih lagi menjadi teka teki. Sehinggalah 26 Mei ini hari yang dimuktamadkan untuk mereka yang layak bertanding memberi jawaban apakah akan menerima pencalonan atau sebaliknya
Baik untuk jawatan timbalan presiden maupun jawatan naib presiden masih kabur dan berada dalam tanda soal besar, siapa yang akan lawan siapa dan siapa yang akan menarik diri.
Tiga yang layak untuk merebut jawatan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebelum ini jawatan ini dijangka jadi rebutan sengit antara penyandang Nasharudin dengan Mat Sabu saja. Tetapi apabila Tuan Ibrahim juga layak bertanding ia terbuka kepada pertandingan tiga penjuru.
Pencalonan ketiga mereka seimbang, misalnya jumlah pencalanan di antara Nasharudin dengan Mat Sabu sama diantara 48 – 50. Hanya dua saja membezakan di antara keduanya. Bagaimana pun pencalonan Tuan Ibrahim tidak melebih 40, tetapi cukup bagi melayakkan untuk ikut sama bertanding. Dipercayai kalau tidak berlaku kelewatan penghantaran pencalonan oleh lebih 15 kawasan kemungkinan besar pencalonan untuk Tuan Ibrahim akan melepasi 50 pencalonan.
Ada sekurang-kurang dua kawasan diketahui bersedia untuk mencalonkan Tuan Ibrahim tetapi gagal berbuat demikian kerana tersilap tarikh tamat penghantaran pencalonan. Kedua kawasan itu mengakui tidak mencalonkan Nasharudin dan Mat Sabu.
Boleh diagakkan yang lewat menghantar pencalonan bukan dari kawasan yang menyokong Mat Sabu. Kerana kawasan yang menyokong Mat Sabu sudah bergerak paling awal lagi dan mereka tidak akan terkhilaf dalam meneliti tarikh kerana demi memastikan Mat Sabu ke depan.
Persoalan kini apakah Tuan Ibrahim akan menyatakan kesediaan untuk bertanding? Sekiranya Tuan Ibrahim maju ke depan ia akan meresahkan Mat Sabu dan juga Nasharudin. Dalam hal ini Nasharudin paling terasa kerana kalau mengikut patennya, kawasan yang menyokong Nasharudin dan Tuan Ibrahim adalah dari kelompok sama, mirip ulamak.
Apabila Tuan Ibrahim mendapat pencalonan kurang satu 40, dan dalam keadaan beliau tidak ghairah untuk merebut jawatan, jumlah itu menandakan ada desakan berupa kebimbangan di dalam Pas dan pencalonan beliau itu boleh disifatkan untuk mencari jalan selamat.
Sedar atau tidak sedar Tuan Ibrahim telah dijadikan sandaran untuk mengimbangi di antara kredibiliti Nasharudin dan juga Mat Sabu.
Sebagai seorang berprinsip Tuan Ibrahim mungkin tidak akan melayan desakan kebimbangan itu di samping untuk mengotakan janjinya. Bagaimana pun apakah beliau akan tetap dengan keputusan itu sekiranya ada desakan dan seruan lain? Sudah mestilah seruan lain itu akan disertakan dengan maslahat-maslahat untuk kebaikan parti yang bukan mudah untuk Tuan Ibrahim hindarkan.
Apa yang boleh diramalkan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru. Situasi ini sangat tidak menyelesakan bagi Mat Sabu. Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru mungkin nasib yang dialami dua tahun lalu akan berulang. Mat Sabu sangat berharap berlaku pertandingan dua penjuru di antara beliau dengan Nasharudin. Sebab apa Husam Musa tidak ikut sama mengadu nasib ialah kerana beliau dan penyokongnya ingin melihat Mat Sabu membelasah Nasharudin.
Demikian juga bagi Nasharudin, seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru ia tidak memberi keadaan kondusif buatnya. Walaupun Nasharudin merupakan penyadang namun itu bukan kelebihan bila Tuan Ibrahim masuk.
Seperti mana saya tulis sebelum ini, Tuan Ibrahim masih belum membuat keputusan dan dia masih berada dalam persinggahan fikir untuk membuat pilihan jitu. Persimpangan yang ada dihadapannya dua, apakah dia perlu akur kepada kenyataan enggan bertanding, ataupun dia akan peduli kepada suara halus yang akan mendesaknya.
Sekiranya ada perkiraan dibuat bahawa kedudukan Nasharudin kini membahayakana jika berlaku pertandingan dua penjuru, mungkin Tuan Ibrahim akan mengubah pendirian, dan Nasharudin juga suka begitu. Rasanya untuk mencari jalan damai (kompromi) di antara Nasharudin dengan Tuan Ibrhaim lebih mudah berbanding Mat Sabu dengan Tuan Ibrahim.
Kalau berlaku kemungkinan itu, tolak ansur antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim atas motif tertentu, kedudukan Mat Sabu makin tercabar. Dalam kompromi ini jika atas tujuan menghalang Mat Sabu Tuan Ibrahim adalah paling tepat berbanding dengan Nasharudin.
Pun begitu apapun keadaan Mat Sabu akan melanda sesiapa saja baik Nasharudin ataupun Tuan Ibrahim. Tidak ada tanda-tandak awal dan tanda akhir yang Mat Sabu akan mengurungkan niatnya dari mencuba jawatan nombor dua itu kerana dia sudah lama menghunjamkan harapannya untuk menjadi pemimpin tertinggi Pas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan