KUALA LUMPUR, 6 MEI: 80 badan bukan kerajaan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menghantar memorandum sebagai membantah tindakan yang dilakukan oleh Trio Datuk T yang mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As sentul Jumaat lalu.
Mereka turut menuntut supaya Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap trio berkenaan yang melakukan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, kira-kira 50 hingga 60 anggota polis beruniform, dilihat berada di sekitar perkarangan masjid.
Mereka merampas sepanduk dan mengarahkan supaya kain rentang yang dipasang peserta terbabit diturunkan. Pihak polis juga tidak membenarkan pembesar suara digunakan dalam demonstrasi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.
Justeru gabungan NGO itu turut menuntut Jawi melaksanakan undang-undang Islam terhadap pelanggaran Jenayah Syariah Qazaf dalam kes tuduhan zina dan liwat terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abdul Hamid yang ditemui media berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik namun melibatkan prinsip agama Islam.
Tambahnya, gesaan itu bertujuan mengembalikan kredibilti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dicengkam kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga mengabaikan prinsip perundangan negara.
"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.
Seterusnya mereka memberikan tempoh sebulan supaya kesemua tuntutan tersebut diambil tindakan seraya mengekang kemarahan rakyat.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab Oleh liwa wakil NGO berkenaan.
Turut menyertai gabungan tersebut Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip bersama-sama wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perhimpunan di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar disertai hampir satu ribu penyokong-penyokong 80 NGO.
Bantahan turut disuarakan kepada media pro Umno-BN yang sekongkol menabur fitnah lucah dan liwat kepada Anwar yang menjadi perhatian masyarakat.
Penyokong-penyokong yang hadir turut mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid.
Bantahan tersebut susulan daripada pendedahan rakaman video seks lucah oleh trio Datuk T yang mendakwa Anwar melakukan perbuatan zina dengan wanita berbangsa Cina.
Walau bagaimanapun Anwar menafikan perbuatan tersebut dan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu berkenaan.
Polis kini menyiasat perkara tersebut di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan