SUNGAI SIPUT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang bersama 13 yang lain ditahan polis kerana memakai baju T Bersih pagi tadi.
Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput. Turut ditahan Adun Jalong, Leong Mee Meng.
Pagi tadi, polis menahan mereka ketika mengedar kan bendera Malaysia kepada orang ramai di sini, sambil menuntut ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael jeyakumar dibebaskan dari lokap polis Seberang Jaya, Pulau Pinang.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis kerana tidak menghormati perlembagaan. Mereka tahan tanpa sebarang sebab. Hak berhimpun adalah termaktub dalam perlembagaan.
“Kami edar bendera dan memakai baju Bersih, bukan menghasut orang ramai. Ini adalah satu tindakan tidak munasabah,” katanya sambil menyeru orang ramai supaya tidak bimbang untuk menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan