osmantikos
PETALING JAYA: Sekumpulan penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my.
Kumpulan yang meggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya ‘Operasi Malaysia’.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetnya memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Mereka juga turut memuaturun video ancaman yang dituju khas untuk Kerajaan Malaysia.
Punca mereka ingin menyerang adalah kerana Kerajaan Malaysia telah menyekat kebebasan pengguna untuk menggunakan internet iaitu dengan menyekat beberapa laman web seperti:
- ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan