Operasi Pencarian Jenazah Osama Di Laut Arab

laniismaa
Kapal perang AS, USS Vinson yang telah membuang jenazah Osama bin Laden di Laut Arab Utara.

Ingin membuktikan bahawa Osama bin Laden benar-benar sudah mati, seorang pemburu harta karun merancang untuk menyelam Laut 
Arab Utara untuk mencari jenazah pemimpin Al Qaeda itu.

Kepada TMZ, Sabtu (11/6/2011), Bill Warren mengaku penjelajahannya ini untuk membuktikan kepada dunia tentang Osama. "Saya berusaha membuktikan bahwa Osama benar-benar sudah mati dan ingin menunjukkan bukti. Kami melakukan ini kerana kami warga Amerika yang patriotik dan merasa Presiden Barack Obama gagal menunjukkan bukti," katanya.

"Saya tidak percaya kepada pemerintah ataupun Obama," tegasnya.

Pencarian itu akan dilakukan di Laut Arab Utara. Jangkaan mereka kapal perang Amerika Syarikat USS Carl Vinson yang membuang jenazah Osama di laut itu.

"Kami maksudkan untuk menemukannya serta mengangkat jenazahnya, kemudian mengambil foto dan merakamkannya melalui video serta melakukan ujian DNA," kata Warren.

Untuk ekspedisi yang disebut-sebut sebagai 'mission impossible' itu, pasukan Warren membawa beberapa kapal dan sejumlah teknologi canggih. Ekspedisi itu sendiri dijangkakan bakal menghabiskan ratusan ribu dollar US.

Bill Warren merancang membawa satu pasukan filem untuk merakam dan mendokumentasikan seluruh perjalanan itu.

USS Carl Vinson menerima jenazah Osama bin Laden dari pasukan Navy SEAL yang membunuhnya di Abbottabad, Pakistan, 2 Mei lalu. Hanya sedikit maklumat yang dilaporkan pemerintah Amerika Syarikat tentang proses pemakaman Osama.

Jenazah Osama diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dilengkapi pemberat, disembahyangkan, kemudian diletakkan pada sebuah papan di geladak kapal. Papan itu kemudian dimiringkan hingga jenazah Osama jatuh ke laut, begitulah penjelasan Pentagon.

Presiden Barack Obama menolak supaya foto jenazah Osama disiarkan.

Kerja Bill Warren bermula dengan mencari harta karun sejak tahun 1972. Prestasi pertama ditunjukkannya adalah sebuah kapal dagang Inggeris yang karam di pegairan Santa Cruz, California.-
Kompas
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan