Profesional tidak tolak kepimpinan ulama PAS


Haji Abdul Subky Latif
http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/12/mohd-sabu.jpgMohamad Sabu seorang aktivis Islam dari PAS yang bukan ulama. Dia dicalonkan untuk menjadi Timbalan Presden PAS yang terdiri dari yang terdiri dari lulusan pengajian tinggi Islam. Dan Mat Sabu berjaya.

Demikian juga Muktamar PAS ke  57 mengundi tiga orang bukan ulama untuk menjadi Naib Presidennya iaitu Salehuddin Ayub, Dato Husam Musa dan Dato Mahfuz Umar. Mereka mengalahkan beberapa calon dari golongan ulama.

Pemimpin-pemimpin PAS yang terpilih dan mereka yang mengundi menyokongnya masih mengaku bahawa menyokong konsep kepimpinan ulama yang menjadi pegangan parti itu sejak tahun 1982.

Tidak ada ahli PAS termasuk yang menyertai PAS selepas tahun 1982 yang menentang konsep kepimpinan ulama. Malah pemerhati politik percaya bilangan golongan profesional yang menyertai PAS dan komited dengan perjuangannya lebih ketara dari yang menyertai UMNO. Dan mereka tahu pimpinan parti itu berkonsepkan ulama.

Jika terdapat Mat Sabu dan lebih ramai dari kalangan profesional memenangi  pemilihan pimpinan PAS minggu lalu, ia tidak disebabkan mereka menolak konsep itu.

Apa yang berlaku setelah 30 tahun piminan itu diterima ialah terdapat polemik di kalangan penyokong PAS tentang  tafsir kepimpinan ulama itu.      
                                                                                        
Satu golongan berpendapat bahawa kepimpinan itu meliputi seluruh keanggotaan Majlis Syura Ulama, Presiden, Timbalan Presiden. Lain-lain jawatan adalah terbuka kepada setiap ahli yang diketahui tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil.

Satu pandangan lagi berpendapat bahawa konsep itu memadai dengan semua keanggotaan Majlis Syura Ulama. Presiden dan Timbalan Presiden tidak mestinya terdiri dari ulama.

Pendapat yang pertama itu tidak pernah dicabar oleh sesiapa hinggalah PAS dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ia tidak dicabar sebelumnya kerana wujud ketika kepimpinan ulama yang berwibawa yang terdiri dari beberapa tokoh yang diterima oleh semua orang iaitu teridiri dari Haji Yusof Rawa,  Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Ustaz Hji Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Haji Ahmad, Ustaz Harun Taib dan lain-lain.

Soal kepimpinan dan siapa yang akan menggantikan antara mereka tidak berbangkit.

Apabila Majlis Syura Ulama diperkenalkan dengan Mursyidul Am sebagai ketuanya, maka semua nama yang disebut tadi layak dipilih. Badan itu diberi kuasa besar untuk mengesahkan semua keputusan  besar yang dibuat oleh Jawatankuasa Agung.

Ia menjadi badan yang tertinggi dalam parti selepas Muktamar.

Haji Yusuf Rawa, Presiden ketika itu dipilih untuk menjadi Mursyidul Am yang pertama. Beliau merangkap dua jawatan paling penting iaitu Mursyidul Am dan Presiden parti. Dia mempunyai dua timbalan, iaitu seorang Timbalan Mursyidul Am iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Timbalan Presiden iaitu Ustaz Fadzil Noor. Dua Naib Presiden yang diperuntukan oleh perlembagaan ketika itu ialah Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nakhaie.

Tetapi apabila Tok Guru Haji Hadi menjadi Pemangku Presiden berikut  kematian Ustaz Fadzil, tidak calon Timbalan Presiden yang jelas. Pemimpin yang paling kanan selepas Ustaz Hadi ialah Ustaz Hassan Shukri yang juga seorang ulama. Tetapi beliau tidak dilihat sebagai calon Timbalan jelas.

Di saat terakhir Haji Mustafa Ali, Naib Presiden ketika itu dan beliau bukan ulama bertanding menentang Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Sejak itu timbul isu Timbalan itu tidak semestikan seorang ulama dan akhir-aakhir ini pula Presiden juga tidak semestinya ulama.

Ketika Majlis Syura Ulama mula dibentuk, empat dari 12 anggotanya adalah mewakili Jawatankuasa Agung. Tidak disebutkan dua dari empat itu mesti Presiden dan Timbalan Presiden. Oleh kerana Presiden dan Timbalan Presiden adalah ulama paling kanan dapat Jawatankuasa Agung maka kedua diutamakan untuk menganggotai majlis itu.

Logik mereka menduduki majlis itu kerana sebagai pemimpin utama  dalam Jawatankuasa Agung maka kehadiran mereka dapat memberi keterangan dan penjelasan tentang perjalanan parti dan mengapa satu-satu keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Agung.

Kedudukan itu diterima bahawa keahlian Presiden dan timbalan itu seolah-olah wajib dalam Majlis Syura. Atas kedudukan itu orang beranggapan jika Presiden dan Timbalan itu  bukan dari golongan ulama, maka bagaimana mereka hendak duduk dalam Majlis Syura yang keahliannya wajib ulama?

Jika mereka bukan ahli Majlis Syura, Majlis Syura terpaksa memanggil mereka hadir untuk bertanyakan sesuatu tentang keputusan yang dibuat dan tentang apa yang diarahkan oleh Majlis Syura untuk tindakan parti.

Perlembagaan PAS sekarang tidak lagi memastikan wakilnya dalam Majlis Syura itu terdiri dari ahli Jawatankuasa Agung. Ia boleh dilantik dari mana-mana ulama bagi mewakilinya.

Sejak itu ada perbincangan-perbincangan dibuat tentang isu Presiden dan timbalannya tidak semestinya dari ulama. Tetapi tidak keputusan diambil.

Sejak Tok Guru Haji Hadi menjadi Presiden  tidak pernah jawatan Timbalan Presiden itu tidak dipertandingkan. Mula-mula pertandingan itu antara Ustaz Hassan Shukri dan Mustafa Ali. Selapas itu Hassan Shukri dicabar oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Ustaz Hassan dikalahkan. Selepas itu Nasaruddin pula dicabar oleh Ustaz Harun Taib.

Sebelum Nasaruddin dicabar pula oleh Mat Sabu dan Husam Musa. Nasaruddin dapat mengekalkan kedudukannya. Kali terakhir ini Mat Sabu dapat mengalahkan Nasaruddin.

Pertama penyertaan Mat Sabu itu adalah untuk memenuhi tuntutan umum parti bagi   mendapatkan seorang pengganti Ustaz Hadi yang jelas jika apa-apa keadaan berlaku. Dengan kemenangan Mat Sabu itu belum bererti pengganti  Ustaz Hadi itu terjawab.

Kedua kemenangan Mat Sabu itu adalah bagi mengesahkan tafsiran konsep kepimpinan ulama itu tidak semestinya Presiden dan Timbalan Presiden terdiri dari ulama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan