Mohd Sayuti OmarAhli Parlimen yang menang atas lambang bulan purnama penuh kemudian dia kencing atas lambang itu telah memberi amaran supaya himpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) yang hendak diadakan pada 9 Julai ini dihentikan.
Katanya dia bersama kuncu-kuncunya akan berusaha untuk mengagalkan himpunan dan perarakan itu. Katanya dia dan gengnya juga akan mengadakan himpunan pada masa sama untuk untuk menghalangnya sekiranya himpunan itu diteruskan juga. Alasan kenapa dia bertindak demikian kerana bimbang himpunan itu akan menjadi seperti apa yang berlaku di Asia Tengah.
Sekali dengar amaran itu boleh merindingkan bulu roma. Tetapi bagi Murai yang sudah muak dan hendak termuntah mendengar kata-kata seperti itu dari ahli parlimen berkenaan tidak lah merasa gentar sedikit pun. Suaranya gempa saja lebih tetapi hakikatnya macam tin kosong saja. Air liur saja bersembur tetapi bacul untuk berdepan.
Sebelum ini pun dia menerusi apa yang dinamakan Perkasam acap benar memberi amaran demi amaran. Tetapi sedikitpun amaran yang dikeluarkan tidak dipedulikan. Malahan makin banyak bercakap makin bercelaru Ngo berkenaan. Umno yang cuba dirisik juga mula merasa cuak padanya.
Cakapnya tak ubah macam cakap orang gila saja yang tidak ada siapa mahu mendengarnya. Merapu rapu dan meracau sesuka hatinya.
Murai rasa elok juga kalau ahli parlimen berkenaan berhimpun pada 9 Julai ini. Murai nak tengok sejauh mana keberaniannya. Kalau boleh ingin sekali Murai tenguk biar ahli parlimen berkenaan 'berlembe' darah di atas jalan raya pada hari itu. Murai nak tenguk siapa anak jantan dan siapa jantan syhwat lembek.
Kalau boleh biar dia beradu kekuatan fizikal dengan Mohamad Sabu. Kita tenguk siapa yang hebat dan siapa yang kuat. Dari segi status hari ini ternyata Mohamad Sabu jauh meninggalkan ahli parlimen berkenaan di belakang. Mat sudah pun menjadi timbalan presiden parti yang memimpin 1 juta ummat.
Manakala pemimpin berkenaan yang selalu menghina dan memperlekehkan Mat masih belum berparti dan hanya memimpin Ngo cabuk. Sudah habis parti politik diliwat dan dirogolnya tetapi tidak ada satu pun yang boleh menahan hati dengan kerenah dan sikapnya.
Murai sangat berharap pada 9 Julai ini dia akan keluar membawa bala tenteranya. Biarlah dua kumpulan ini bertempur kita mahu lihat siapa yang kuat. Setelah perundingan menggunakan akal, ilmu tidak berjaya elok kalau mereka beradu kekuatan pula ala-ala di zaman purbawara dahulu.
Dan Murai rasa mereka yang kini bersiap sedia untuk keluar berarak ramai-ramai pada 9 Julai ini sedikit pun tidak akan gentar dengan amaran ahli parlimen berkenaan. Kalau amaran Menteri Dalam Negeri mereka tidak pedulikan inikah pula amaran ahli parlimen yang menanti saat dan ketika saja untuk dikambuskan rakyat di kawasannya.
Murai: Akan menghadiri himpunan berkenaan awal-awal lagi. Celoteh Murai 82
Tiada ulasan:
Catat Ulasan