WFAUZDIN NSUTUSAN Malaysia di dalam keadaan menuju ke saat kehancurannya. masih tidak serik untuk memperbodohkan rakyat demi untuk mempertahankan kuasa `bos' mereka di Putrajaya. Akhbar yang banyak mempromosikan cerita lucah sejak kebelakangan ini akan terus melakukan apa yang telah dilakukannya selagi Pakatan Rakyat tidak dapat dimusnahkan.
Sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini, akhbar ini juga melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu dan Zaid Ibrahim menjadi `idola' utusan. Kerana apa? Sebabnya Zaid ditentang oleh Azmin Ali, seorang tokoh yang amat digeruni oleh Umno kerana kelantangannya. Maka, akhbar pencacai ini memuji melangit Zaid Ibrahim tidak seperti masa Zaid bertanding di Hulu Selangor dahulu di mana akhbar ini memainkan isu `Zaid kaki judi dan pemabuk'.
Bagaimanapun, akhbar ini gagal mempengaruhi ahli-ahli PKR kerana ahli-ahli PKR bukannya sebodoh ahli-ahli parti sekutu Apco itu. Azmin Ali menang dan Zaid Ibrahim berundur sebelum berjuang seperti Almarhum Ghafar Baba dahulu. Begitu kecewanya mereka kerana Azmin diberi kepercayaan oleh majoriti ahli-ahli PKR untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.
Bila tiba masanya PAS mengadakan Muktamar dan pemilihan kepimpinannya, akhbar yang sama juga mula membuat sibuk. Menjadi teramat `alim' seketika Utusan apabila mencanangkan betapa golongan Ulamak mesti menerajui PAS dan `musuh' mereka adalah Mat Sabu. Mengapa Mat Sabu? Sama juga seperti mereka takut kepada Azmin di dalam PKR, Mat Sabu adalah tokoh yang lantang menyerang Umno. Ini lah caranya akhbar ini mendidik masyarakat dan ini lah stail akhbar ini memupuk perpaduan yang kununnya inginkan Umno dan PAS bersatu.
Sekali lagi akhbar ini dukacita kerana tidak boleh memperdaya perwakilan PAS yang memilih pemimpin mereka. Mat Sabu akhirnya terpilih juga. Perwakilan PAS bukan menolak golongan Ulamak kerana mereka faham PAS sentiasa dikawal gerak gerinya oleh Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak mereka yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam PAS. Hanya Utusan dan Umno sahaja yang jahil tentang organisasi PAS dan dasar parti tersebut.
Mereka masih tidak berpuas hati, usaha dijalankan terus untuk menjaga `bos' mereka di Putrajaya dengan cara menghancurkan PAS. Kali ini akhbar tersebut `merayu dan memujuk' agar calon yang tewas iaitu bekas penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin untuk keluar dari PAS dan menyertai parti sekular berkenaan.
Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian. “Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno."
Jelas dan nyata Umno amat tertekan dan terdesak dengan perkembangan yang berlaku di dalam PAS. Harapan mereka untuk `memperdaya' PAS untuk kali kedua nampaknya semakin mustahil berlaku. PAS tetap menolak kerjasama politik dengan Umno kerana Umno bukan jenis rakan yang boleh dibuat kawan. Di dalam keadaan mereka kununnya ingin bersatu, mereka tidak henti-henti siang dan malam menyerang PAS dengan menggunakan media berlidah syaitan. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan