BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI...

wfauzdin_ns
DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu.

Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja' untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras' terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Puak-puak ini telah mula bermain dengan isu perkauman yang amat sempit. DAP juga turut menjadi mangsa tuduhan liar dan bodoh mereka. Apa salah Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP? Setelah saya teliti dari yang dicatatkan oleh seorang rakan di dalam FB beliau, rupa-rupanya Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP terlibat di dalam beberapa perkara yang menyentuh hak kita sebagai orang Melayu Berugama Islam.

Datuk S. Ambiga dan pemimpin-pemimpin DAP telah `terlibat' di dalam perkara-perkara berikut, patutlah puak mereka amat membenci Datuk S. Ambiga dan DAP. Jika begitu, memang patut kita pun sama membenci, jika tidak, kita akan dicop bodoh dan bahlul. Inilah `kesalahan besar' Datuk S.Ambiga dan pemimpin DAP terhadap kita:-
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha

1 ulasan: