Dua pegawai kanan polis letak jawatan



PAUL STEPHENSON berjalan keluar dari pejabat Polis Metropolitan selepas dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis di London kelmarin.
LONDON: Dua pegawai tinggi polis di London meletakkan jawatan dalam tempoh kurang 24 jam berhubung skandal penggodaman telefon untuk mendapatkan maklumat oleh wartawan dan rasuah yang melibatkan akhbar tabloid, News of The World.
Ekoran peletakan jawatan itu, Perdana Menteri, David Cameron semalam meminta satu persidangan tergempar Parlimen diadakan.
Dua pegawai polis yang meletakkan jawatan itu ialah Ketua Polis Metropolitan London, Paul Stephenson dan Penolong Komisioner Polis Metropolitan, John Yates.
Stephenson meletakkan jawatan kelmarin manakala Yates semalam.
Yates merupakan pegawai polis yang membuat keputusan dua tahun lalu tidak membuat siasatan berhubung penggodaman telefon dan rasuah yang diberikan oleh wartawan-wartawan akhbar tabloid.
Namun, para detektif membuka semula siasatan pada awal tahun ini dan menyatakan terdapat 3,700 mangsa dalam kes penggodaman tersebut.
Akhbar News of The World yang dimiliki bilionair dari Amerika Syarikat, Rupert Murdoch ditutup dua minggu lalu selepas skandal itu terbongkar.
Bekas pengarang akhbar itu, Rebekah Brooks yang ditangkap polis berhubung skandal itu mengaku bahawa polis dibayar untuk mendapatkan maklumat.
Namun, dia menyatakan tidak mengetahui sebarang skandal penggodaman telefon semasa menjadi pengarang antara tahun 2000 hingga 2003.
Penggodaman telefon itu dilakukan bagai membolehkan wartawan mendapat sumber berita yang menarik untuk disiarkan. -Agensi-
*Kalau kat Malaysia siap naik pangkat lagi - kerengga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan