Polis tak mahu dipertanggungjawabkan atas kematian Burhanudin

NONEPolis hari ini menafikan ada apa-apa kaitan dengan kematian peserta protes BERSIH 2.0, Burhanudin Ahmad semalam, dan mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan dari komplikasi terdedah kepada gas pemedih mata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Beliau berkata, siasatan mereka tidak menemui sebarang kecederaan luaran, ataupun kecederaan dalaman. 

Siasatan awal, katanya, menunjukkan jantung mangsa sedikit bengkak dan tiga arteri tersekat," katanya dalam sidang media hari ini.Semalam, dilaporkan Burhanuddin, yang menurut polis peserta perhimpunan, telah pengsan selepas didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis ant-rusuhan di KLCC.

Burhanudin dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan