KUALA LUMPUR: Berani kerana benar. Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua bersedia menghadapi saman oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat mengheretnya ke mahkamah.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau tidak menyebut apa-apa berkaitan kapal selam Scorpene dalam bukunya.
“Menteri tidak tahu apa yang ada di dalam buku itu… Tuduh buta-buta saja,” katanya.
Pada 22 Julai lalu, peguam dari Perancis yang mengendalikan kes Scorpene, Willian Bourdon, telah dihalau keluar dari Malaysia oleh kerajaan Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada masa itu, Bourdon tiba dari Pulau Pinang setelah menghadiri jamuan makan malam amal untuk menjelaskan isu Scorpene yang dijangka dibawa ke mahkamah di Perancis.
Bourdon, ketika dihantar pulang ke Paris, sedang dalam sesi jelajah Malaysia dijemput oleh Suaram untuk menjelaskan kepada orang ramai berkaitan dakwaan skandal RM540 juta dengan sebuah syarikat Perancis DCNS berkaitan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada 2002.
–Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan